Monday, February 22, 2010

Kembara Part 4: Kasih dan Sayang...

Akhirnya, dapat juga aku menghabiskan masa di rumah. Setelah sekian lama tidak dapat pulang di rumah kerana di sibukkan dengan tanggungjawab lain. Kadang-kadang mak aku sampai perli "Takpela, anak mama sibuk sebab dia kan bakal nak jadi perdana menteri". Tak taulah samada tu perli ataupun memang benar harapan dia. So aku assume dua-dua terus jela, perli ada, harapan pun ada. he3

Badan ni dah sentiasa dia ajar untuk bergerak, jadi bila nak duduk rumah tanpa bergerak memang susah. Mana taknya, dari kecik sampai ke universiti, asyik bergerak je, kene buat ni la, kene buat tu la. Jadi bila nak duduk rumah tanpa buat apa-apa tu rasa resah skit. Serba salah pulak rasanya bila masa terbuang dengan tidur aje. So, mula la plan nak ajak mak dan ayah keluar pegi jalan-jalan.. Shah Alam, here we go..

Sebenarnya, asal keluar tu nak pegi tempah baju melayu, untuk buat ehem ehem nanti.. Tapi mak dan ayah aku yang shopping sakan. mungkin diorang pun lama tak keluar kot. Masa berjalan kat Shah Alam, aku prasan tak ramai dah anak muda-mudi sekarang yang keluar bersama mak dan ayah mereka. Kelihatan anak-anak sekarang dah tak minat untuk keluar bersama ibubapa mereka. Diorang kelihatan lebih suka keluar dengan kawan-kawan mereka lebih daripada ibubapa mereka.

Kenapa ini Terjadi?

Malu? Aku melihat mungkin ini faktornya. Contoh yang aku ambil ialah, berapa ramai yang sanggup salam dan cium pipi mak ayah mereka di khalayak ramai. Masa pergi ke Shah Alam tu pun aku melihat satu situasi yang agak sedih. Ada seorang ayah ini cuba meletakkan lengannya di bahu seorang anak lelakinya. Tapi reaksi si anak ialah menolak tangan ayahnya dan kemudian mengeritkan dahinya sambil memandang sekeliling seperti malu dilihat oleh gadis-gadis yang sedang berjalan berdekatan dengannya. Ini bukan pertama kali aku melihat kejadian seperti ini, malah aku juga pernah satu masa berbuat demikian, dan amat aku insafi perbuatan aku itu.

Pelikkan, hanya kerana mahu dilihat sebagai "macho", kasih sayang ibubapa yang telah penat susah membesarkan kita di balas sedemikian rupa. Anak-anak kelihatan malu untuk bersama dengan ibubapa mereka sekarang. Mereka lebih pentingkan kawan-kawan dan apa yang dikatakan kawan-kawan lebih daripada apa yang dikatakan ibubapa mereka.

Manusia kadang-kadang sukar benar menghargai apa yang ada di hadapan mereka, mereka lebih suka mengharap perkara yang jauh lagi dari bayangan mata mereka, dan apabila perkara yang di hadapan mereka dirampas dan hilang, kini baru mereka ingin merasakan betapa bersalah dan betapa mereka tidak langsung bersyukur.

Wahai mereka yang bergelar ANAK, marilah sama-sama kita sedar akan nikmat yang cukup besar yang sentiasa mendoakan kita, menjaga kita, berkorban untuk kita, menolak segala kepentingan mereka demi kita, menyuapkan kita dan telah melakukan yang terbaik untuk kita. Jangan apabila nikmat ini diambil kembali oleh Sang Pemberi Nikmat, baru tangisan air mata ingin di alirkan sedangkan air mata ini harusnya dari sekarang di alirkan mengenangkan apa yang telah kita lakukan terhadap mereka.

Janganlah kita lupa Tingkatan Darjat kasih sayang yang harus kita curahkan. Pertama pastinya kepada Allah, yang kedua tentunya kepada Rasulullah saw, dan yang seterusnya jatuh kepada kedua ibu bapa kita. Jangan awek yang hanya kita kenal beberapa bulan kita ketepikan ibubapa yang telah kita kenal sejak kita lahir. Jangan hanya kerana kawan yang bersama ketika kita senang, kita lupakan ibubapa yang telah bersama kita dalam susah senang kita.

Nabi saw bersabda:
"Mahukah kuberikan kepada kamu tentang dosa terbesar? (diucapnya tiga kali). Kami berkata: Baiklah, wahai rasullullah.Beliau bersabda: Menyekutukan allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa. Termasuk juga perkataan dusta dan kesaksian palsu. Beliau terus mengulangi hingga kami katakan: Mudah-mudahan beliau lekas diam. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Nabi saw bersabda :
Ertinya:Termasuk dosa terbesar adalah bila seseorang mengutuk kedua orang tuanya. Ada yang bertanya :Ya Rasullullah, bagaimana seseorang biasa mengutuk kedua orang tuanya? Beliau menjawab : Bila seseorang memaki ayah orang lain sehingga orang itu memaki ayahnya. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

"Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan dengan sesuatu serta berbuatlah baik kepada kedua orang tua" S.AN-NISA :36.

"Bersyukurlah kepadaku dan kedua orang tuamu, kepadaku engkau akan kembali." S.LUQMAN :14.

2 comments:

Anak Pak Man said...

sayangnya, bila manusia dah nampak dunia luar, ibu bapa kat rumah dibiarkan tak disapa - Ruqaiyah

kahfi8 said...

tu ah, pelik manusia sekarang.. kawan2 lebih dilebihkan dari ibu, ibu, ibu dan ayah.. (ibu lebih utama 3x dari ayah kan..)