Tuesday, December 16, 2008

Perhimpunan Karisma Nasional

Mari bersama-sama kita membentuk ummah soleh wa musleh....

Thursday, December 4, 2008

untukmu palestin

more information : untukmupalestin.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2008

Dengan Nafasmu



Artist : Ungu

Lirik Lagu : Ungu - Dengan Nafasmu


Izinkan ku ucap kata taubat

Sebelum Kau memanggilku

kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu

Sebelum nyawa dalam tubuhku

Kau ambil, kembali pada-Mu


Karna ku tahu,

hanyalah pada diri-Mu

Tempatku mengadu,

tempatku mengeluh

Di dalam doaku...


Dan demi nafas yang telah

Kau hembuskan dalam kehidupanku

Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik

Menjalankan segala perintah-Mu,

menjauhi segala larangan-Mu

adalah sebaris doaku untuk-Mu

Sunday, September 14, 2008

Raikan saudara baru kita =)


Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Hidayah Centre (Pusat Sokongan Saudara Baru) membawakan khas untuk anda;Majlis Berbuka Puasa Kali Ke-4"Saudara Baru, Saudara Kita"


Ayuh sertai! Mari menyumbang dengan membeli RM 100.00 satu kerusi atau RM 1,000.00 bagi satu meja.

Tarikh20 September 2008 / 20 Ramadhan 1429H (Sabtu)

Masa5.00 petang - 10.00 malam

TempatDewan Persidangan Utama, Kompleks Perbadanan Putrajaya


Aturcara Program

5.00 petang: Ketibaan tetamu

5.10 petang: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

5.30 petang: Forum: "Ke Arah Memperkasakan Saudara Baru di Malaysia"

Panelis:Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)Ustaz Kamaruddin Abdullah (Presiden IPCI)Sister Latifah Tamerlan (Pendakwah Bebas)

7.15 malam: Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

7.45 malam: Makan Malam dan Persembahan Nasyid oleh kumpulan Saff-One

8.00 malam: Perasmian

8.20 malam: Solat Isyak dan TarawikhDipimpin oleh: Tuan Haji Dr. Ir. Ustaz Muhammad Fuad Yeoh (Timbalan Presiden MACMA)

9.40 malam: TazkirahDisampaikan oleh Tuan Haji Ayub Abdul Rahman (Bekas Paderi Roman Katholik, Pendakwah Rabithah A-Alam Al-Islami)

10.00 malam: Moreh dan Bersurai


Dengan izin Allah Ta'ala, sumbangan umat Islam di Malaysia dan usaha berterusan pihak Hidayah Centre dalam membantu memasyarakatkan dan memartabatkan saudara baru ini akan melahirkan generasi saudara baru, saudara kita yang soleh dan musleh. Terima kasih kepada semua.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:Tuan Haji Nicholas (019-333 5549)

En. Dhany Sarip (012-930 7522) dhanysarip@gmail.com

Pn. Ummi Roses (019-238 6333)Ibupejabat JIM (03-4108 9669)


*Mohon bantuan untuk sebarkan mesej ini. Moga-moga amal kita diterima oleh Allah Ta'ala.

Saturday, July 5, 2008

Riangkan hari anda

Waffle Simple








Mywaffle

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

Friday, July 4, 2008

Kelakar dan Pelik..


he3.. kadang-kadang tergelak aku sendirian melihat arena politik di negara kita ini.. tapi tidak aku pandai pula untuk mengulas berjela-jela..

Selepas satu satu, kadang2 aku melihat politik negara kita tidak ubah seperti rancangan MELODI di TV3.. ada gosip ini, ade terjah ini, kadang pelik kerana tidak nampak kemana arah tuju yang hendak di bawa..


Sedih melihat terumbang ambingnya penerajuan negara, rakyat yang dulunya menyepi kini kian garang bangkit menegakkan hak mereka, penipuan dan konspirasi semakin menjadi-jadi... Inilah akibatnya bila politik tidak dipegang dengan ISLAM..

Cantik sungguh politik yang dibawa Rasulullah saw. Politik yang lahir berasaskan dasar dan prinsip Islam yang penuh dengan kemuliaan dan keharmonian. Politik yang mengharamkan segala bentuk penindasan, kezaliman dan penganiayaan.

Pemimpin perlu mengambil langkah drastik dalam memperbetulkan langkah mereka, manusia punya kesilapan namun jangan kita jadi mereka yang terus dalam kesilapan. Betulkan langkah anda, korbankan segala apa jua nikmat dunia yang diberikan kerana itu hanya sementara dan apa yang pasti amalan dan tanggungjawab itu yang akan menjadi pertaruhan di akhirat kelak.


Segala masalah pasti ada penyelesaiannya, pokok pangkalnya ialah kembali sujud menyerah diri kepada Allah.. Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dalam menghadapi arena politik dalam kehidupan kita seharian.. namun apa yang pasti, Indahnya Hidup Dengan Islam..

Thursday, July 3, 2008

Life Long Learning..

Alhamdulillah.. posting medicine sudah hampir sampai penghujungnya, kini aku hanye menantikan debaran exam short case pula.. mudah2n ak dapat perform yang sebaiknya,, betapa aku bersyukur mendapat medicine sebagai posting pertama selain mendapat supervisor dn kwn2 seperjuangan yang baik.. namun ape yang pasti, posting ini cukup mengajar ak tntang erti nilai kemanusiaan dan nilai spiritual itu sndir..

Sedih, suka, geram, takut, bermacam-macam persaan yang menyelubungi aku sepanjang tempoh posting ini. inilah posting pertama aku di tahun clinical ini dan inilah posting yang banyak membuka mataku tntang nilai kehidupan ini walaupn pada awalnya aku agak hanyut ditelan perubahan budaya namun alhamdulillah berkat bantuan nasihat dan teguran daripada mereka yang ak gelar "keluarga", kini ak perlahan-perlahan kembali mendaki anak-tangga yang gagal aku daki sebelum ini.

Maha Adil Allah itu, dia menjadikan sejuta 1 penyakit dlm menyedarkan kita daripada segala kelalaian kita.. betapa terbukanya pintu hidayah itu bagi mereka yang benar-benar ingin mengecapinya. namun tidak semua anatara kita yang mampu melihat seperti itu. masih ada yang menyalahkan takdir sedangkan penyakit itu tidak ubah seperti kifarah atas segala kesalahan kita yang lampau. jika ia bukan kerana kesalahan kita yang lalu pn pastinya ia menjadi satu ujian yang manis sekali bagi orang yang beriman kerana mereka tahu yang Allah menyintai mereka,


Alangkah indahnya jika mereka dpt melihat bahwa betape pentingnya utk disaat ini betapa kitau balik kepadanya.. x sampai 10% anatar meraka yang meneruskan solat mereka dalam saat ujian Allah pada mereka. Betapa lemah juga lidah aku utk mengajak mereka.. Mengapa Ya Allah.. Ak memohon maaf ats segala dosaku, ak tidak mahu mereka menjadi spt waktu yang ak kesali dengan diriku sndiri. bantu ak ya Allah, berikan ak kekuatan, berikan sahabat2 ku kekuatan.

Pernah 1 hari, aku di sapa oleh seorg pakcik cina.. wajahnya sentiasa tersenyum. dia bertanya padaku mengenai pembelajaranku. sembang2 kami akhirnya membawa kepada suatu keakraban. Dia ketika itu sedang melawati isterinya yang sedang sakit.. tiba-tiba agak berubah. Ak kehairanan. "uncle sedih, manyak olang, uncle tengok tadak mau semayang punya, tadak kisah itu islam ka, buddha ka, christian ka, uncle tgk suma tak mau semayang. uncle pelik, patut ini macam, mereka patut kasi itu semayang, baru kuat itu dalam diri, baru itu hati ada sikit tenang dan cepat skit mau sembuh". ak tergamam, hari itu ak sedar ya Allah. betapa hidayahmu begitu terbuka didepanku, tetapi ak tidak pernah nampak lalu kau sedarkan ak dengan seorang hanya sapaan dari seorang hambamu juga walaupaun brlainan agama. ak malu ya Allah, betapa yang berada didalam bidang ini, betape setiap hari ak bertegur sapa dengan setiap pesakit, tapi ak begitu malu utk mengingatkn mereka tentangmu ya Allah.


Apakah pelajaran yang lebih indah selain pelajaran yang membawa kita keluar dari segala kegelapan. My Life Long Learning..

Monday, June 30, 2008

Andai Aku Tahu..

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi

Firman Allah
"Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati"
Ali Imran ; 183..

Andai Ku Tahu
Album : Surga-Mu
Munsyid : Ungu
http://liriknasyid.com

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan
Tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan
Jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di surga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada-Mu
.....................................................................................................................................................................


Hampir setiap minggu aku mendengar kisah kematian. Alangkah indahnya jika aku tahu apa yang akan berlaku pada diriku. Tapi yang pasti aku tidak akan tahu. Ya Allah, betapa kau Maha Menguji hamba-hambamu. Sesungguhnya beruntunglah mereka pada waktu hidupnya berjaya disediakan bagi menghadapi saat mautnya.


Pastinya aku akan lebih leka jika aku tahu ajal aku masih jauh lagi. pastinya aku lebih suka untuk berseronok-seronok dengan nikmat dunia ini dan hanya akan sedar bila sudah tiba dekat dengan ajalku. Sama sahaja aku seperti ingin mengahdapi exam, pastinya ketika "STUDY WEEK" itu adalah waktu kemuncak aku, padahal aku punya lebih banyak waktu sebelum itu. Alangkah indahnya jika KAU juga memberi "DEATH WEEK" padaku. dapatlah ak menyediakan diriku pada waktu itu. Betapa hipokritnya diriku..

Itulah kita manusia kan.. Mengapa ketika hidup kita lapang, begitu sukar untuk kita mengingati padaNYA.. bila hadir waktu yang getir dalam hidup kita seolah2 kita menjadi hipokrit dihadapanNYA. Tidak malukah kita untuk berhadapan denganNYA

Aku malu, aku hampa dengan diri aku. Begitu aku seringkali mendengar malah melihat kematian itu sendiri, tapi bilakah aku akan benar-benar mengambil pengajaran daripadanya.

Ya Allah.. Jangan KAU berhenti memberi aku peluang. sesungguhnya diri ini ingin benar menjadi hamba yang sentiasa belajar daripada segala kesalahanku.. Maafkan dan Ampunkan dosa-dosaku..

Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada semua pesakit-pesakit yang telah menghembuskan nafas mereka untuk bertemu dengan penciptaNYA. Semoga roh mereka dicucuri rahamat dan segala jasa bakti mereka dalam membenarkan kita belajar sesuatu daripada mereka mendapat ganjaran syurga daripada Alllah swt.. Al-Fatihah...