Monday, January 18, 2010

Riyadhus Sollihin : Perjalanan orang-orang soleh menuju Allah swt.

Waktu: lepas maghrib
Tarikh: setiap isnin minggu kedua dan ketiga
Tempat: Masjid Mukhlisin, Alam Damai, Cheras
Penceramah : Ust Zul (Suami Prof Har)

Jemputlah beramai-ramai menuju Allah swt.

Ustaz Zul dengan penuh bersemangat

Ilmu itu penyuluh hidup

"Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang cepat-cepat dia bertaubat"

Masjid Mukhlisin (Orang-orang Ikhlas)

Subhan khusyuk mendengar

Saturday, January 16, 2010

Palestin adalah Kita!!!



Tahniah dan syabas kepada organisasi Program Rintihan Palestin. Maaf kepada semua kerana poster diiklankan setelah program tamat..

Program ini ringkas, simple tapi ibrohnya cukup bermakna jika kita hendak hayati bersama. Saya ringkaskan ibroh yang boleh di ambil dengan memulakan dengan perkataan "malulah"

"Malulah" kita yang begitu berat menghulurkan sumbangan kepada Palestin dalam keadaan hidup kita yang penuh dengan kesenangan. Duit kita saban hari ada yang kita bazirkan demi memenuhi tentang kehendak nafsu kita tapi untuk sumbang bagi membantu saudara, rakan-rakan, ibu-ibu, ayah-ayah dan kerabat-kerabat kita di Palestin begitu berat sekali.

"Malulah" kita kepada yang menggelar diri mereka muslim tapi tiada sokongan pun yang ingin diberikan kepada program-program yang memperjuangkan Palestin sedangkan adik kecil yang berbangsa cina pun hadir berlari kerana Palestin dan bersemangat membaca ttg Palestin di booth Pameran.

"Malulah" kita yang tidak amik kisah pun tentang Palestin dan menyatakan sokongan kita kepada Palestin kerana kita memilih untuk terus duduk dalam bilik dan menghabiskan masa bermain Facebook atau apa jua perbuatan yang akhirnya menjurus kepada pembaziran masa.

"Malulah" kita yang masih muda dan bertenaga tapi tidak mempunyai semangat SYAHID yang tinggi sedangkan barisan-barisan veteran menangis untuk MATI SYAHID dijalan ALLAH swt.

"Malulah" kita yang lebih mendahulukan program dunia daripada program yang dapat membina roh dan semangat kita kepada menuju Allah swt.

"Malulah" kita dengan anak-anak kecil di palestin yang tidak pernah merintih dan memohon simpati dalam kesusahan yang di harungi mereka sedangkan kita di sini baru ditimpa sedikit musibah sudah mahu menyerah kalah.

"Malulah" kita yang tidak menyahut seruan Palestin untuk bangkit dan berubahlah demi kebaikan sedangkan kita mampu. Mereka di sana telah dijanjikan syurga Allah dan kita juga dijanjikan syurga Allah jika kita berbuat demikian, tapi malulah kepada mereka yang tidak mahu berubah.

terlalu banyak perkara yang perlu kita MALU kepada rakyat Palestin dan lebih-lebih lagi betapa MALUnya kita kepada ALLAH swt. Marilah sahabat-sahabat sekalian. Sahutlah seruan JIHAD (sedar-bingkas bangun-berbuat sesuatu) ini yang mana syurga JANNATUL FIRDAUS lah balasan daripada Allah kepada mereka-mereka yang menyahut seruan ini.