Monday, February 22, 2010

Kembara Part 4: Kasih dan Sayang...

Akhirnya, dapat juga aku menghabiskan masa di rumah. Setelah sekian lama tidak dapat pulang di rumah kerana di sibukkan dengan tanggungjawab lain. Kadang-kadang mak aku sampai perli "Takpela, anak mama sibuk sebab dia kan bakal nak jadi perdana menteri". Tak taulah samada tu perli ataupun memang benar harapan dia. So aku assume dua-dua terus jela, perli ada, harapan pun ada. he3

Badan ni dah sentiasa dia ajar untuk bergerak, jadi bila nak duduk rumah tanpa bergerak memang susah. Mana taknya, dari kecik sampai ke universiti, asyik bergerak je, kene buat ni la, kene buat tu la. Jadi bila nak duduk rumah tanpa buat apa-apa tu rasa resah skit. Serba salah pulak rasanya bila masa terbuang dengan tidur aje. So, mula la plan nak ajak mak dan ayah keluar pegi jalan-jalan.. Shah Alam, here we go..

Sebenarnya, asal keluar tu nak pegi tempah baju melayu, untuk buat ehem ehem nanti.. Tapi mak dan ayah aku yang shopping sakan. mungkin diorang pun lama tak keluar kot. Masa berjalan kat Shah Alam, aku prasan tak ramai dah anak muda-mudi sekarang yang keluar bersama mak dan ayah mereka. Kelihatan anak-anak sekarang dah tak minat untuk keluar bersama ibubapa mereka. Diorang kelihatan lebih suka keluar dengan kawan-kawan mereka lebih daripada ibubapa mereka.

Kenapa ini Terjadi?

Malu? Aku melihat mungkin ini faktornya. Contoh yang aku ambil ialah, berapa ramai yang sanggup salam dan cium pipi mak ayah mereka di khalayak ramai. Masa pergi ke Shah Alam tu pun aku melihat satu situasi yang agak sedih. Ada seorang ayah ini cuba meletakkan lengannya di bahu seorang anak lelakinya. Tapi reaksi si anak ialah menolak tangan ayahnya dan kemudian mengeritkan dahinya sambil memandang sekeliling seperti malu dilihat oleh gadis-gadis yang sedang berjalan berdekatan dengannya. Ini bukan pertama kali aku melihat kejadian seperti ini, malah aku juga pernah satu masa berbuat demikian, dan amat aku insafi perbuatan aku itu.

Pelikkan, hanya kerana mahu dilihat sebagai "macho", kasih sayang ibubapa yang telah penat susah membesarkan kita di balas sedemikian rupa. Anak-anak kelihatan malu untuk bersama dengan ibubapa mereka sekarang. Mereka lebih pentingkan kawan-kawan dan apa yang dikatakan kawan-kawan lebih daripada apa yang dikatakan ibubapa mereka.

Manusia kadang-kadang sukar benar menghargai apa yang ada di hadapan mereka, mereka lebih suka mengharap perkara yang jauh lagi dari bayangan mata mereka, dan apabila perkara yang di hadapan mereka dirampas dan hilang, kini baru mereka ingin merasakan betapa bersalah dan betapa mereka tidak langsung bersyukur.

Wahai mereka yang bergelar ANAK, marilah sama-sama kita sedar akan nikmat yang cukup besar yang sentiasa mendoakan kita, menjaga kita, berkorban untuk kita, menolak segala kepentingan mereka demi kita, menyuapkan kita dan telah melakukan yang terbaik untuk kita. Jangan apabila nikmat ini diambil kembali oleh Sang Pemberi Nikmat, baru tangisan air mata ingin di alirkan sedangkan air mata ini harusnya dari sekarang di alirkan mengenangkan apa yang telah kita lakukan terhadap mereka.

Janganlah kita lupa Tingkatan Darjat kasih sayang yang harus kita curahkan. Pertama pastinya kepada Allah, yang kedua tentunya kepada Rasulullah saw, dan yang seterusnya jatuh kepada kedua ibu bapa kita. Jangan awek yang hanya kita kenal beberapa bulan kita ketepikan ibubapa yang telah kita kenal sejak kita lahir. Jangan hanya kerana kawan yang bersama ketika kita senang, kita lupakan ibubapa yang telah bersama kita dalam susah senang kita.

Nabi saw bersabda:
"Mahukah kuberikan kepada kamu tentang dosa terbesar? (diucapnya tiga kali). Kami berkata: Baiklah, wahai rasullullah.Beliau bersabda: Menyekutukan allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa. Termasuk juga perkataan dusta dan kesaksian palsu. Beliau terus mengulangi hingga kami katakan: Mudah-mudahan beliau lekas diam. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Nabi saw bersabda :
Ertinya:Termasuk dosa terbesar adalah bila seseorang mengutuk kedua orang tuanya. Ada yang bertanya :Ya Rasullullah, bagaimana seseorang biasa mengutuk kedua orang tuanya? Beliau menjawab : Bila seseorang memaki ayah orang lain sehingga orang itu memaki ayahnya. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

"Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan dengan sesuatu serta berbuatlah baik kepada kedua orang tua" S.AN-NISA :36.

"Bersyukurlah kepadaku dan kedua orang tuamu, kepadaku engkau akan kembali." S.LUQMAN :14.

Friday, February 19, 2010

Kembara Part 3: Nikmat yang telah hilang..

17 febuari kembara aku diteruskan ke Nilai. Setelah dua hari berkampung di shah alam, dan sehari aku berada di kolej, setelah pulang ke rumah, aku bersama dengan ibu bergerak pergi ziarah nenek di rumah makcik aku di Nilai.

Banyak yang kita boleh belajar walaupun dalam saat dan ketikanya...

"Nikmat sihat sebelum datang sakit"...
Cuba kita bayangkan jika kita 8 tahun terlantar di atas katil:

Hilanglah kini nikmat bergerak seperti mana yang diterangkan dalam Kitab Tauhid Az-Zindani Fasal ke 7 , Jilid kedua. Kita punya dua kaki, tapi kini kaki hanya tinggal kaki, tiada fungsi daripadanya yang dapat kita nikmati daripadanya..... BAYANGKAN.

Hilanglah kini nikmat untuk makan. Proses penghadaman kini tidak selancar dulu. Makanan yang sedikit masuk mengikut mulut mampu menyebabkan ia termasuk dalam paru-paru (aspiration). Hanya kerana ingin makan mengikut mulut walaupun sesuap, kondisi akan menjadi lebih buruk dan risiko kematian akan bertambah. Kini, makan semua adalah mengikut perut, satu tube di pasang ke perut kita bagi mengelakkan masalah di atas. Hilanglah kini rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan segala 1001 rasa yang lain. Apa yang tinggal mungkin cuma rasa air liur yang kita sendiri pun sudah lupa rasanya....... BAYANGKAN.

Hilanglah kini nikmat untuk kita berkata-kata. Stroke yang dijadikan asbab kepada ujian Allah ini semakin mengambil peranannya. Gelak tawa yang dulu kedengaran, kini tinggal kenangan. Kata-kata manis, caci, baik, buruk kini hanya menjadi perkara yang di insafi. Broca's and Wernicke Area yang biasanya dikaji untuk mencari punca hilangnya nikmat ini juga kini tiada lagi guna. Tiada lagi kesatuan dalam dua fungsi ini untuk membolehkan kita bercakap atau mungkin apa yang kita cakapkan ialah perkara yang bukan ingin kita cakapkan...... BAYANGKAN.

Hilanglah kini tenaga yang kita banggakan. Jika dulu kita mampu bekerja dari pagi hingga kemalam, kini hanya kerana ingin meludahkan air liur pun kita menggunakan tenaga yang banyak. Jika dulu kita punya badan yang bermuscle, kini yang tinggal hanyalah sekeping tulang dengan selapis kulit yang menyelaputinya. Jika dulu kita mampu bermain futsal, bola di padang dan segala macam jenis permainan yang ada di dunia ini, kini hanya untuk menampar nyamuk yang hinggap dimuka pun kita sudah hilang kemampuan..... BAYANGKAN.

Kini aku semakin mengerti mengapa Rasulullah menjawab soalan Aisyah dengan jawapan "Salahkah aku menjadi hamba yang berSYUKUR"

"Nikmat hidup sebelum datangnya Mati"
Dijadikan cerita, pada hari itu seekor anak kucing yang dipelihara makcik aku menghadapi saat kematiannya. Anak kucing ini di jumpa oleh sepupu aku yang kesian melihat 3 ekor anak kucing yang tiada ibunya ditinggalkan. Mereka di jaga, di susukan, diletakkan di tempat yang warm bagi membantu pembesaran mereka. Tapi Allah punya percaturannya sendiri. Allah menciptakan kematian sebagai peringatan kepada kita bahawa walau bagaimanapun kita cuba untuk mengusai kesihatan kita, namun Allah jualah yang maha Kuasa.

Tapi aku tertanya, sesungguhnya kesudahan bagi binatang ciptaan Allah ini telah tentu kesudahanNya iaitu disyurga, binatang ini sentiasa sujud dan berzikir kepada tuhannya. Tapi, apa akan jadi kepada kita yakni MANUSIA. Zikir pun tidak malah dalam kita sujud kepadaNYA pun, kita masih merasa diri kita cukup tinggi dan mulia.Betapa kerdilnya diri ini dan betapa masih tidak bersedianya diri ini untuk menanti saat Aku akan di panggil Allah untuk menemuinya.

Kembara Part 2: Valentine VS Muzakarah

Allah itu memang best percaturanNYA.. di saat ada sesetengah manusia yang terlalu mengagungkan budaya barat menyambut Hari Valentine, di saat itu juga Allah telah menyediakan platform bagi mereka yang ingin menyelamatkan diri mereka dan terus berpegang teguh pada talinya untuk berkumpul dan berbincang mengenai halatuju gerakan dakwah di Malaysia khususnya..

Aku pun malas nak cerita pasal Hari Valentine ni sebab dia pun bukan budaya kita, maka tak perlulah kot rasa-rasanya nak cerita.. Ala, lagipun semua orang tahu pun tentang bahaya, mengapa x perlu sambut, cuma mungkin yang buat jugak tu buat-buat tak tahu.. Biarkan mereka, sampai satu masa nanti bila ALLAH yang membiarkan mereka, baru mereka tahu apa bahana yang bakal menimpa mereka.

"Dan Kami akan memberi taufiq kepada jalan yang mudah. Oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran. Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka). Sedang dia tidak mati dan tidak pula hidup. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman)" Surah Al-A'la ayat 8-14

So, kita bincang pasal MIN 2010 lg best.

MIN atau nama panjangnya Muzakarah IPT Nasional merupakan program tahunan yang dianjurkan KNL bagi membolehkan mereka merangka gerak kerja DAKWAH diperingkat NASIONAL supaya gerakan lebih tersusun dan rapi. Di sini lah peluang kita untuk menyampai dan berbincang dengan KNL mengenai permasalahan di IPT untuk diselesaikan bersama di samping peluang untuk menyampaikan pandangan, cadangan or nak balun skit KNL ke sebelum IPT yang dibalun, he3. Slot bersama Presiden JIM juga merupakan satu titik tolak yang menarik tentang perubahan yang bakal berlaku.
What I can promise you, "This year will be DIFFERENT".. yearghh..

Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam menjadi saksi tempat berkumpulnya barisan hamba yang ingin mencari kerdhaanNYA dari seluruh Malaysia. Program berlangsung selama dua hari..

Malu rasanya melihat semangat yang ditunjukkan mereka dalam usaha untuk menegakkan agama yang dicintai sedangkan diri ini kadang semangat, kadang tidak. hu3..

Tapi tidak cukup hanya dengan malu sahaja, aku sedar yang aku perlu bangkit dan berhenti pandang kebelakang (sejarah hitam) jika yang belakang itu hanya akan membantutkan aku untuk terus kehadapan. Ayuh, mari kita gemblengkan tenaga yang ada kerana kelak kita akan di tanya kemana tenaga kita disalurkan kerana tenaga tidak boleh dimusnahkan, ia hanya boleh ditukarkan kepada bentuk yang lain. Jika tenaga ini boleh dimusnahkan, pastinya dapat kita sembunyikan dari Allah segala tenaga yang telah kita bazirkan. Tapi hakikatnya tidak semudah itu kehidupan ini.
Maka ayuh kita mara ke hadapan dengan langkah yang tersusun.. gogogo..

Thursday, February 18, 2010

Kembara Part 1: Nikah Connecting People.

"afiq, nanti jemput tau datang kenduri aku" atikha n nazri menjemput... "Orait, aku datang nye" jawab aku.. Atikha merupakan kawan sekolah rendahku dan nazri merupakan kawan sekolah menengahku.

Sekali nak dijadikan cerita ada pulak program yang memerlukan keberadaan ku pada 14 febuari tu. macam mana nak buat ni, dah janji da ni nak pergi. Bila pulang ke rumah 13 Febuari tu, buka la balik kad kenduri, "Eh, malam ni ada kenduri jugak, pergi malam ni jela".. Alhamdulillah Allah bukakkan jalan supaya aku tidak belajar memungkiri janji.

Orang jawa ni biasanya diorang buat kenduri 2 hari kalau anda nak tau. Diorang akan buat satu kenduri jugak sekitar 8-11.00 malam pada malam sebelum hari kenduri (ditempat lain biasanya buat sehari je). Antara sebab diorang buat macam ni ialah bagi nak memastikan orang yang tak dapat datang masa hari kenduri tu dapat datang malam sebelum hari kenduri tu. he3...

So memang malam tu selayaknya la untuk aku. Maka pergilah aku ke majlis yang tidak kurang gilang gemilangnya walaupun pada waktu malam.

Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kenalan dari sekolah menengah akhirnya sampai ke jinjang pelamin. Nikah jualah yang menghalalkan segalanya. Nikah yang menyebabkan si suami kini bertanggungjawab untuk memberi kasih sayang kepada si isteri. Nikah yang menyebabkan si isteri kini halal untuk suaminya. Nikah jualah yang menyempurnakan binaan rumahtangga yang telah dibina dari sebelum bergelar suami isteri. Kini tinggal rumahtangga itu untuk dihiasi dan dicantikkan dengan perhiasan akidah dan keluarga islamiah sebagai jaminan utama ke arah keutuhan sesebuah rumahtangga.

Semoga dikau beroleh kebahgiaan di dunia dan akhirat. kataku di dalam hati sebelum berangkat pulang apabila melihat kedua mempelai "Akhirnya, kahwin jugak korang berdua"..

قال صلى الله عليه وسلم للشباب: تنكح المرأة لأربع: لمالها، ولحسبها، ولجمالها، ولدينها. فاظفر بذات الدين تربت يداك) رواه مسلم
Maksud: Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.
Aku bila lagi?? bila tiba saat dan ketikanya, he3...

Kembaraku bermula...


Dengan lafaz Bismillah, aku mengumumkan bahawa bermula dari 13 Febuari bermula lah kembaraku untuk mengenal dan mencari RAHSIA HIDUP INI untuk AKU MEMBERI demi KEREDHAANYA..