Friday, February 19, 2010

Kembara Part 3: Nikmat yang telah hilang..

17 febuari kembara aku diteruskan ke Nilai. Setelah dua hari berkampung di shah alam, dan sehari aku berada di kolej, setelah pulang ke rumah, aku bersama dengan ibu bergerak pergi ziarah nenek di rumah makcik aku di Nilai.

Banyak yang kita boleh belajar walaupun dalam saat dan ketikanya...

"Nikmat sihat sebelum datang sakit"...
Cuba kita bayangkan jika kita 8 tahun terlantar di atas katil:

Hilanglah kini nikmat bergerak seperti mana yang diterangkan dalam Kitab Tauhid Az-Zindani Fasal ke 7 , Jilid kedua. Kita punya dua kaki, tapi kini kaki hanya tinggal kaki, tiada fungsi daripadanya yang dapat kita nikmati daripadanya..... BAYANGKAN.

Hilanglah kini nikmat untuk makan. Proses penghadaman kini tidak selancar dulu. Makanan yang sedikit masuk mengikut mulut mampu menyebabkan ia termasuk dalam paru-paru (aspiration). Hanya kerana ingin makan mengikut mulut walaupun sesuap, kondisi akan menjadi lebih buruk dan risiko kematian akan bertambah. Kini, makan semua adalah mengikut perut, satu tube di pasang ke perut kita bagi mengelakkan masalah di atas. Hilanglah kini rasa manis, rasa pahit, rasa masam dan segala 1001 rasa yang lain. Apa yang tinggal mungkin cuma rasa air liur yang kita sendiri pun sudah lupa rasanya....... BAYANGKAN.

Hilanglah kini nikmat untuk kita berkata-kata. Stroke yang dijadikan asbab kepada ujian Allah ini semakin mengambil peranannya. Gelak tawa yang dulu kedengaran, kini tinggal kenangan. Kata-kata manis, caci, baik, buruk kini hanya menjadi perkara yang di insafi. Broca's and Wernicke Area yang biasanya dikaji untuk mencari punca hilangnya nikmat ini juga kini tiada lagi guna. Tiada lagi kesatuan dalam dua fungsi ini untuk membolehkan kita bercakap atau mungkin apa yang kita cakapkan ialah perkara yang bukan ingin kita cakapkan...... BAYANGKAN.

Hilanglah kini tenaga yang kita banggakan. Jika dulu kita mampu bekerja dari pagi hingga kemalam, kini hanya kerana ingin meludahkan air liur pun kita menggunakan tenaga yang banyak. Jika dulu kita punya badan yang bermuscle, kini yang tinggal hanyalah sekeping tulang dengan selapis kulit yang menyelaputinya. Jika dulu kita mampu bermain futsal, bola di padang dan segala macam jenis permainan yang ada di dunia ini, kini hanya untuk menampar nyamuk yang hinggap dimuka pun kita sudah hilang kemampuan..... BAYANGKAN.

Kini aku semakin mengerti mengapa Rasulullah menjawab soalan Aisyah dengan jawapan "Salahkah aku menjadi hamba yang berSYUKUR"

"Nikmat hidup sebelum datangnya Mati"
Dijadikan cerita, pada hari itu seekor anak kucing yang dipelihara makcik aku menghadapi saat kematiannya. Anak kucing ini di jumpa oleh sepupu aku yang kesian melihat 3 ekor anak kucing yang tiada ibunya ditinggalkan. Mereka di jaga, di susukan, diletakkan di tempat yang warm bagi membantu pembesaran mereka. Tapi Allah punya percaturannya sendiri. Allah menciptakan kematian sebagai peringatan kepada kita bahawa walau bagaimanapun kita cuba untuk mengusai kesihatan kita, namun Allah jualah yang maha Kuasa.

Tapi aku tertanya, sesungguhnya kesudahan bagi binatang ciptaan Allah ini telah tentu kesudahanNya iaitu disyurga, binatang ini sentiasa sujud dan berzikir kepada tuhannya. Tapi, apa akan jadi kepada kita yakni MANUSIA. Zikir pun tidak malah dalam kita sujud kepadaNYA pun, kita masih merasa diri kita cukup tinggi dan mulia.Betapa kerdilnya diri ini dan betapa masih tidak bersedianya diri ini untuk menanti saat Aku akan di panggil Allah untuk menemuinya.

No comments: