Thursday, November 25, 2010

Monday, September 27, 2010

Terima Kasih kerana Sudi Hadir dalam Hidupku..

aku tidak tahu ucapan apa lagi yang mampu aku ucapkan kepada kalian semua selain daripada ucapan TERIMA KASIH kerana sudi hadir dalam hidupku, menambahkan lagi warna warni dalam kehidupan aku ini..

Terima KAsih tidak Terhingga
buat,

Abah dan Mama yg sntiasa menyayangi aku,

Abang dan Along sefamily,

anak-anak buahku yang comel belaka,

saudara-mara aku yg memang happening,

guru-guru, ustaz dan ustazah, pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu membimbing aku,

Naqib-naqib yg sntiasa mmbawa jiwaku kearah kebenaran

sahabat-sahabat yang sentiasa bersama dengan aku dalam perjuangan ini,

ikhwah dan akhawat yg sentiasa mmbakar semangat aku,

kawan-kawan yang sentiasa mewarnai seharian hidup aku,

kenalan-kenalan yang sangat indah kenangan bersama anda sekalian walaupun hanya seketika,

adik-adik junior yg mnjadi ganti drpd Allah kepada adikku yang telah pergi meninggalkan kami sekeluarga,

dan kepada semua yang mengenali aku...

TERIMA KASIH KERANA HADIR DALAM HIDUP AKU!!
Sungguh kerana Allah aku menyayangi anda semua..












JAZAKALLAHUKHAIRAN semua...



Wednesday, September 22, 2010

Berhati-hatilah dikau dengan insan bergelar LELAKI!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Wahai kaum muslimat yang aku kasihi dan aku hormati..Maka aku memohon engkau membaca dengan lapang dada dan ditapiskan oleh imanmu..Berhati-hati dan berwaspadalah dikau,dengan insan yang bergelar LELAKI..lebih-lebih lagi dengan LELAKI yang belum menjadi suamimu..

boleh jadi engkau dibutakan kerana cintamu yang penuh ketulusan dan kejujuran itu,jangan kau pernah lupa di dunia ini punya LELAKI yang zalim,yang menggunakan kemurniaan cintamu itu sebagai jambatan nafsunya,yang sentiasa menanti bilakan terbuka saat nafsunya boleh diterjemahkan pada dirimu,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau melihat kesungguhan seolah-olah kami mencintaimu,padahal ia hanyalah salah satu cara yang biasa kami gunakan,agar ia bisa menyentuh dirimu yang tidak halal bagi kami,dan ia telah ramai yang jatuh kepadanya,malah mungkin engkau juga pernah melihatnya,namun ketulusan cintamu menafikannya,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau dikaburi dengan janji-janji yang kami lemparkan,bahawasanya dengan melihatmu mendetikkan hati kami untuk berubah,sungguh seolah-olah engkaulah AGEN PERUBAH kami,cuba meyakinkanmu bahawa inilah perubahan yang hakiki,tapi jangan kau lupa bahawa hanya perubahan kerana Allah shj merupakan perubahan yg hakiki,bukan perubahan yang berlaku kerana wanita,kerana pastinya apabila ia mendapatkan wanita itu akan terlihatlah wajah sebenar kami,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau bingung dengan "kasih sayang" yang kami curahkn,bahawa seolah-olah hanya dirimu yang kami sayangi,maka jangan kau pernah tidak meraguinya selagi mana ia belum menjadi suamimu,kerana mungkin sekali dalam kami mengatakan kami sungguh mencintaimu, namun saat-saat lapang kami diisi dengan nafsu bersama wanita lain,tidak salah andainya jika engkau mengganggap kami sperti singa yang lapar,yang sentiasa menunggu saat daging di hidangkan dihadapan kami,agar kami dapat menjamah dengan penuh keseronokan duniawi,dan janganlah engkau pernah menginginkan dirimu menjadi seperti daging itu,kerana dirimu jauh lebih berharga daripada daging itu,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau tertipu dengan lagak dan gaya kami,menjadikan engkau merasakan kami lah insan yang selayaknya untukmu,bahawa kami insan yang baik,bahawa kami insan yang tahu membezakan mana baik dan buruk,bahawa kami insan yang mampu menjaga diri kami,bahawa kami akan sentiasa menjaga kehormatan dirimu,tapi jangan kau pernah lupa bahawa kami adalah singa,boleh jadi rantai iman yang membelenggu kami rapuh dan karat,menjadikan ia mudah pecah dengan sekali sentapan,dan ketika itu kau menjadi mangsa kami,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

wahai muslimat,jangan pernah engkau berhenti daripada berhati-hati dan berwaspada dengan kami,kerana dirimu adalah harta yang paling berharga,minyak yang ditatang dengan penuh perhatian oleh kedua ibubapamu,maka jangan biarkan dirimu jatuh berderai ke lantai lantaran tiada sifat berhati-hati dan berwaspada terhadap kami,selidiklah siapa yang engkau ingin curahkan kasih sayangmu itu kerana ALLAh,bukan menyuruh engkau tidak percaya kepada LELAKI,tetapi hanya menyuruh engkau berhati-hatilah dan berwaspadalah selalu,agar kelak engkau tidak menyesal nanti,seperti mana yang telah dikesali oleh wanita yang tidak juga ingin diperlakukan sedemikian,tanyakan pada dirimu apakah jaminan bahawa engkau tidak akan diperlakukan sedemikian,lebih-lebih lagi terhadap lelaki begitu mudah memperlakukan sedemikian,peliharalah dirimu,rasakan bahawa engkau adalah harta yang tidak ternilai harganya,rasakan bahawa adalah satu kerugian yang besar bila engkau kelihatan begitu murah sekali dihadapan LELAKI,Jagalah Allah dengan sebenar-benar penjagaan kerana kelak Allah akan menjagamu,sentiasa berhati-hatilah dan berwaspadalah..

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki meminta sesuatu daripadamu

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki menjanjikan sesuatu kepadamu

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki mula mendekatimu..


“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”(Al-Mu’min, 40:19)

Letakkan kepercayaanmu kepada janji Allah dan rasul shj,letakkan kepercayaanmu kepada walimu yang telah bersama denganmu sepanjang hayatmu ketika ini,bukan kepada LELAKI yang baru kau kenali,LELAKI yang masih tidak kau kenali hati budinya..Melainkan ia telah menjadi suamimu yang sah untukmu..

Andainya engkau merasa sedikit terhalang dengan melakukan demikian,maka percayalah bahawa itu adalah perlindungan daripada Allah,tanyakan pada dirimu "Perlindungan apa yang lebih baik daripada perlindungan Allah"

Aku menukilkan ini kerana aku LELAKI,LELAKI yang sedar tentang betapa kurangnya LELAKI yg bersifat dengan sebenar2 sifat MUSLIM,LELAKI yang juga kadang tidak kurang rapuhnya,LELAKI yang tidak mahu anda dizalimi kami..

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Pada suatu hari saya berada di belakang Nabi s.a.w. (di atas kenderaan), lalu baginda bersabda:
"Wahai budak! Sesungguhnya saya mahu mengajar kamu beberapa kalimat: Peliharalah Allah (memelihara perintah dan laranganNya), Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, pasti kamu akan dapati Dia bersamamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu kepada Allah.
Ketahuilah! Sesungguhnya jika umat manusia berhimpun untuk memberikan manfaat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat itu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Dan jika mereka berhimpun untuk memberikan mudarat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan mudarat itu, melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran kertas telah kering." (RS62; Tarmizi)


Wahai muslimat yang aku kasihi, teruskan sifat berhati-hati dan kewaspadaan mu itu, ia tidak akan pernah merugikan kamu...

Sunday, September 19, 2010

Hadapi Exam dengan Iman..




1) Betulkan niat kita menghadapi peperiksaan

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada jasad atau rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan kamu." (RS7; Muslim)

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin Al-Khattab r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
Hanyasanya amalan-amalan itu adalah dengan niat dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehi atau kerana seorang perempuan yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya.” (RS1; Bukhari, Muslim)

2) Dalam masa yang berbaki ini, usahalah bersungguh-sungguh.

“Kemudian apabila kamu telah berazam (bersungguh-sungguh), maka bertawakallah kepada Allah.” (Ali Imran, 3:159)

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-‘Ankabuut, 29:69)

“Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” (Al-Muzzammil, 73:8) –studi itu juga adalah ibadah..

3) Apabila tiba harinya, tekadkan semangat.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. At-Taubah 9:41

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari orang mukmin yang lemah. Namun pada setiapnya ada kebaikan masing-masing. Bersungguhlah untuk mengerjakan apa yang bermanfaat kepadamu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa lemah. Jika kamu terkena musibah, janganlah berkata: ‘Kalaulah saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.’ Tetapi katakanlah: ‘Ini adalah takdir Allah, Dia melaksanakan apa yang dikehendakiNya.’ Sesungguhnya kata-kata ‘kalaulah’ itu membuka pintu amalan syaitan." (RS100; Muslim)

4) Apabila telah selesai, bertawakkallah, dan rasakan kerendahan diri selaku seorang hamba..

Dari Haritsah bin Wahab r.a., beliau berkata : Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Mahukah kamu aku khabarkan berkenaan ahli syurga? Mereka adalah orang yang rendah dan dipandang rendah oleh manusia tetapi apabila mereka memohon kepada Allah tentu Allah mengabulkan. Mahukah kamu aku khabarkan berkenaan ahli neraka? Mereka adalah orang yang keras hati, kikir dan sombong.” (RS252; Bukhari, Muslim)

“Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ath-Thalaaq, 65:3)

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya:
"(Lafaz) ‘Hasbunallahu wa ni'mal wakil’(Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung) pernah diucapkan oleh Ibrahim a.s. ketika beliau dilemparkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika orang-orang berkata: ‘Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka,’ tetapi perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: Hasbunallahu wa ni'mal wakil.” (RS76; Bukhari)

5) Dan apabila tiba keputusannya.. redho dan syukurlah..

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. (Yunus; 12)

Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. (Az-Zumar, 39:49)

Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui. (An-Nisa, 4: 147)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

“Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita” (QS Taubah:40)

Selamat Maju Jaya kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan..

Monday, September 13, 2010

Bebaskan diri kita dari MUFLIS dengan Eidul Fitri..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tahukah kamu siapa yang muflis (bankrap)? Para sahabat menjawab: “Muflis ialah orang yang tidak mempunyai dirham atau sesuatu apa pun.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan solat, puasa dan zakat. Ia juga datang dengan mencaci seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan memukul seseorang. Pahala kebaikannya diberikan kepada setiap orang yang dizalimi. Apabila habis pahala kebaikannya sebelum selesai kezalimannya, dosa kejahatan orang yang dizalimi ditanggungkan kepadanya. Seterusnya ia dilemparkan ke dalam neraka.” (RS218; Muslim)

Hadis yang cukup mudah difahami dan cukup indah.. Marilah, aku menyeru diriku dan para pembaca semua, dengan kehadiran Eidul Fitri ini, kita gunakan ia sebaik-baiknya untuk memohon maaf satu sama lain agar kita tidak tergolong dalam golongan yang muflis di akhirat kelak.. Maafkan aku atas segala salah dan silap diriku padamu.. SALAM EIDUL FITRI DAN SALAM KEMAAFAN BUAT SEMUA =)

Monday, September 6, 2010

Hanyut dalam keinsafan..

Aku bertemu dengan satu perkongsian yang cukup menarik, dikongsikan oleh murobbiku, yang jarang kita dengar orang sebut mengenai perkara ini.. cuba try baca tazkirah yang ringkas tapi cukup bermanfaat di bawah ini..

##################################################################

Tazkirah drpd Ust Hasanuddin, Pengerusi Aqsa Syarif

من اطَلع على أسرار العباد ولم يتخلًق بالرحمة الإلهيًة كان اطًلاعه فتنة وسببا لجرَ الوبال إليه

Barangsiapa yang Allah dedahkan kepadanya rahsia (kelemahan) hamba-hambanya, dalam keadaan dia tidak meniru sifat Rahmat Allah, nesyaya pendedahan itu akan menjadi penyebab bencana dan bahaya pada dirinya sendiri

Fadullah Khairi ketika cuba menerangkan maksud Ibn Athaillah, dalam perjalanan seorang yang sedang menyucikan dirinya, menuju Allah S.W.T kadang-kadang Allah bukakan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain.

Ketika Allah dedahkan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain itu, sedangkan dia tidak menyediakan diri (tidak meniru) dengan sifat Pemaaf, Belas, dan Rahmat Allah, nescaya dia akan memandang kecil hamba Allah yang lemah tadi. Malangnya, akan datang sifat sombongnya sehingga dia sendiri akan rosak dengan pengetahuannya tentang hamba Allah yang lemah tadi.

Sepatutnya dalam perjalan menuju Allah S.W.T, bila dia mengetahui kelemahan orang lain, dia semakin insaf dan cuba melihat kelemahan orang lain itu, sebagai bahan menyuci dirinya, cuba membaiki, bukan, menghina orang yang lemah itu dan mula berputik membangga diri... dan.... dan... Semakin jauh dia dari perjalanan mulia ini...dan mula menghasut orang lain untuk hidup dalam kelompoknya yang sempit....dan merasakan mereka sahaja yang betul dan hinanya orang lain

Moga Allah muliakan kita semua.

###################################################################

Macam mana? bestkan... tak pasti andai anda pernah merasakan seperti yang disebut itu.. Sungguh hanya Allah sahaja mengetahui bahawa betapa aku tidak terlepas daripada menjadi insan di atas. Allah, sungguh diri ini lemah dan masih banyak perlu di perbaiki.

Betapa perkara ini yang telah menyebabkan usaha yang aku lakukan rosak dek kerana tidak ikhlas, aku mula meragui sahabat-sahabatku dan akan mula mem"perli" mereka.. berdosaaku ini dengan mereka... Allah, sungguh aku ini tidak layak ke syurgamu namun sungguh aku tidak sanggup ke neraka mu..

Aku bersyukur, Ramadhan ini aku dipertemukan dengan ayat-ayat indah. Aku bersyukur aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa cuba mentaqarrubkan diri mereka dengan Sang Pencipta. Mudah-mudahan aku jadi orang yang mengambil peringatan..

Kerana aku tidak mahu usahaku selama ini akhirnya hanya menjadi pondok yang usang

Tuesday, August 31, 2010

aku ingin bukan sekadar...


aku ingin bukan sekadar...

MELIHAT..
Aku ingin bukan sekadar melihat kematian setiap hari, tapi aku ingin merasakan bahawa aku jua akan mati dan kembali menemuiMu Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar melihat keindahan alam ciptaanMu Ya Allah, tapi aku ingin rasa cinta ini lahir melihat kebesaranMu Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar melihat kemaksiatan yang berlaku, tapi aku ingin membencinya sebenci-benci hatiku dan berusaha merubahnya..
Aku ingin bukan sekadar melihat sahabat-sahabatku yang mulia akhlak dan tinggi peribadinya, tapi aku ingin juga menjadi seperti mereka berlumba-lumba membuat kebaikan..
Aku ingin bukan sekadar melihat bencana dan malapetaka yang menimpa umat hari ini, tapi aku ingin terus tunduk dan takut untuk mengingkari segala perintahMu Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar melihat rakan-rakanku bijak dan berjaya, tapi aku ingin juga mencontohi mereka setiap hari yang aku lalui..


MENDENGAR
Aku ingin bukan sekadar mendengar peringatan dan nasihat yang diberikan, tapi aku ingin beramal dan hidup dengannya Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar mendengar khabar sahabatku, tapi aku ingin juga menabur budi dan bakti kepada mereka Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar mendengar jemputan-jemputan untuk aku berbuat kebaikan, tapi aku ingin juga merebut segala peluang kebaikan yang mampu aku lakukan..
Aku ingin bukan sekadar mendengar kisah-kisah Rasulullah dan Sahabat baginda, tapi aku juga ingin melahirkan dalam hati ini semangat yang mereka tunjukkan Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar mendengar keluhan dan rintihan sahabat-sahabatku, tapi aku ingin menghulurkan tangan dan segala tulang-belulang aku untuk membantu mereka..
Aku ingin bukan sekadar mendengar keindahan dan ketinggian mereka yang IKHLAS, tapi aku ingin turut merasakan keikhlasan itu mengalir dalam diri aku ini Ya Allah..


BERKATA
Aku ingin bukan sekadar berkata kepada mereka, tapi aku ingin juga menjiwai setiap patah perkataan daripada apa yang aku perkatakan..
Aku ingin bukan sekadar berkata, tapi aku ingin setiap perbuatan dan tingkahlakuku seperti yang aku perkatakan..
Aku ingin bukan sekadar berkata tentang kesalahan, tapi aku ingin juga tangan ini turut membantu memperbaiki setiap langkahnya.


MENERIMA
Aku ingin bukan sekadar menerima segala kebaikan orang kepadaku, tapi aku ingin juga memberi seperti mana aku menerimanya Ya Allah..
Aku ingin bukan sekadar menerima diri sahabatku, tapi aku ingin juga membuang segala prasangka aku kepada mereka..
Aku ingin bukan sekadar menerima hakikat bahawa perubahan itu memerlukan pengorbanan, tapi aku ingin mengorbankan segala yang perlu bagi menjayakan perubahanku..


MERASA
Aku ingin bukan sekadar merasa nikmat kemewahan yang Allah pinjamkan kepada aku, tapi aku ingin juga berkongsi segala-galanya dengan sahabat dan mereka yang memerlukan..
Aku ingin bukan sekadar merasakan kehadiranMu Ya Allah di saat aku susah dan di uji, tapi aku ingin juga merasakan kasih sayangMu Ya Allah di setiap detik nafas ku.
Aku ingin bukan sekadar merasakan betapa pedihnya azabMu Ya Allah, tapi aku ingin juga terus memelihara diriku daripadanya..
Aku ingin bukan sekadar merasakan kasih sayangMu kepadaku, tapi aku ingin juga masyarakat disekitarku turut merasakan betapa Engkau Ya Allah Maha Pemurah lagi Mengasihani mereka..
Aku ingin bukan sekadar merasakan diri aku berdosa dan lemah, tapi aku ingin juga berhenti daripada terus berdosa dan terus berada dalam kelemahan..
Aku ingin bukan sekadar merasa semangatnya perjuangan ini, tapi aku ingin terus kekal di dalamnya dan terus thabat kepada tarbiyah untuk diriku ini..

Aku ingin bukan sekadar ingin, aku ingin berazam dan bersungguh-sungguh dalam setiap keinginan aku ini Ya Allah...