Wednesday, September 9, 2009

Renungan Ramadhan..


Sesungguhnya aku mengenali segolongan manusia dari umatku yang akan datang pada hari Kiamat dengan kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih itu lalu Allah menjadikannya debu-debu yang berterbangan. Kata Tsauban kepada Nabi : Wahai RasululLah ceritakanlah keadaan mereka pada kami supaya kami tidak jadi seperti mereka dalam keadaan kami tak mengetahuinya. Nabi memberitahu : Mereka merupakan saudara-saudara kamu dari bangsa kamu sendiri, mengerjakan ibadah pada malam hari sepertimu juga tetapi mereka adalah golongan yang apabila bersendirian, mereka terjebak melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan (bila mendapat peluang melakukannya di belakang manusia) -Riwayat Ibn Majah no 4245, Kata al-Munziri perawi-perawinya adalah thiqat. Dikeluarkan oleh al-Rawiyyani-

Tuesday, July 7, 2009

Jawatan Kosong!!!

Temuduga: Calon Jenazah
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Tuesday, June 23, 2009

Esok 1 Rejab!!

Kejap aje dunia ni berlau, pejam celik pejam celik da masuk bulan rejab da.. kejap lagi syaaban, pastu ramdahan yang penuh barakah pula bakal menjelma

Ya Allah, temukan aku dengan bulan ramadhan ye. banyak sangat dosa aku yang ak nak tebus, nak buang sifat mazmumah yang ada, nak jadi hambamu yang beriman. tak nak da nakal-nakal. nak jadi apa lah yang baik di pandanganMu. Aku nak dapat ijazah denganCGPA yang lebih baik dalam universiti RamadhanMu.

mudaha-mudahn manusia yang lain pun x sabar2 menanti kehadiran Ramadhan.. perlu diingatkan, nak mengahdapi bende yang besar perlu persediaan yang besar. takut kang dia datang, takde apa-apa nak jamu dia.. k kawan-kawan, selamat menyediakan diri.


Indahnya Hidup dengan Islam

Monday, June 22, 2009

Mencari persamaan dalam perbezaan

Siapa yang banyak makan garam dulu, itulah kata-kata golongan yang lebih tua. namun sbenarnya kadang-kadang yang makan garam skit (golongan muda) itu ada kebenaran dan pengajarannya kepada golongan yang lebih tua.. dalam yang tua asyik dalam membicarakan dan memperjuangkan perbezaan masing-masing, tampil si muda yang berhati mulia yang inginkan jalan yang menyelesaikan masalah. maka si tua haru tunduk pada kebenaran penyelesaian yang diberikan kepada si muda untuk kebaikan.

Hidup ini tidak selalu apa yang kita inginkan kita dapat. dan dalam menilai sesuatu perkara yang kita rasakan betul, mungkin ada pihak yang mengatakan salah. dan mungkin juga dalam kita menyatakan salah, ada pihak yang mengatakan betul. maka kesudahannya, tidak semua yang kita ingini akan terjadi seperti yang kita ingini. Maka, bagaimana kita hendak menyelesaikan permasalahan ini. Carilah persamaan dalam perbezaan, kata si muda kepada si tua. satu ungkapan yang cukup cantik dan murni dalam mana ia memahami hakikat kehidupan ini dan hanya inginkan kedamaian..

Maka, si muda tidak selalunya salah, namun tidak selalunya betul. perlu ada keseimbangan kepada dua komponen ini supaya sesuatu yang dihasilkan lebih sempurna dan cantik. sebab itu Allah wujudkan IbuBapa dan Anak. cube fikirkan, kenapa Allah tidak wujudkan anak sahaja. sebab anak perlukan bimbingan IbuBapa. dan kenapa Allah tidak wujudkan IbuBapa sahaja (kecuali mereka yang diuji dengan tiada zuriat, but still diorang inginkan anak), sebab anak yang juga membimbing ibubapa untuk terus kukuh dalam bimbingan dia kepada anaknya.


maka mungkin hasil si muda tadi, si tua cuba mencantikkan lagi dengan tambaan dari si tua. "Carilah persamaan dalam perbezaan dalam menyelesaikan konflik yang timbul, namun kita perlu iktiraf perbezaan itu untuk memahami dan menghilangkan kebencian/rasa terpendam dia hati kita"..

warnai kehidupan anda, Indahnya hidup dengan Islam,,

Sunday, June 21, 2009

Iktiraf dan tidak menafikan

lame da x kuarkan post baru.. kesibukan semakin menjadi-jadi. tapi itulah keseronokannya.. post kali ni lebih santai skit. saje nak amik hikmah yang dapat masa bersembang dengan seorang saudari yang cukup mulia hatinya untuk belajar dan perbaiki diri.. dalam kerendahan dia mengatakan yang dia tidak pandai apa-apa, kejujuran dia telah mengajar aku banyak perkara.

kali ni suka nak membicarakan tentang mengiktiraf dan tidak menafikan. sekali dengar macam x paham, dua kali dengar pun belum tentu bleh paham, he3..


Prinsip "Iktiraf dan tidak menafikan" yang juga menjadi salah satu daripada 5 prinsip asas KARISMA dalam mencapai FIDAK 2015 (FIKRAH ISLAM DOMINAN ALAM KAMPUS) merupakan satu kaedah yang cukup baik untuk dipraktikkan dalam mencari kerjasama serta menjalinkan hubungan yang baik dengan semua pihak. Jadi kepada sesiapa yang suka bergaduh tu (utk diri sendiri jugak) bleh la amalkan prinsip ni.

kadang-kadang, aku perhatikan kenapa pergolakan, permusuhan dan salah faham tu berlaku.. dan ak rase antara faktornya adalah tidak banyak kita yang mahu mengiktiraf perkara yang telah di lakukan oleh orang lain. kite lebih prefer untuk mengiktiraf perkara yang kita lakukan. kononya apa yang kita lakukan adalah lebih baik. maka kalau macam tu, ko buatlah semua keje, he3. baru tau mana langit mana bumi, he3..

sekali lagi, aku suka bawak kepada cara kita definisikan sesuatu perkara. ada orang akan kate "iktiraf" ni mesti kita angkat dia sebagai sesuatu yang tinggi dan baik, ada pulak yang kata ia dengan cara kita acknowledge dia/something.. ada pula yang suka definisikan sebagai satu perbuatan yang menimbulkan rasa senang kepada si dia yang di iktiraf tidak kisah samada perbuatan yg besar, kecil atau sebagainya walaupun si dia itu bukan ahli/musuh/ ataupun orang kebanyakan. so pilihla bagaimana anda nak definisikan istilah tu. kalau rase makna dalam kamus dewan tu yang senang di Qalbu, maka pilihla, janji pilihla perkara yang menyelesaikan masalah anda.


adalah amat cantik andai kata jika kita dapat amalkan prinsip ini dengan ikhlas. dengan ini, kita tidak akan cenderung menidakkan jasa baik mahupun perkara baik yang telah di lakukan walaupun dia adalah musuh yang paling kita tentang dan paling kita benci (x baik benci kat orang, Allah marah. benci kat maksiat xpe). maka pastinya si dia akan terasa dirinya dihargai. memang menjadi fitrah manusia untuk merasakan dirinya dihargai, tipulah klu dia kate xnak kepada penghargaan sbb in the end ikhlas macam mane pn dia buat, mesti apa yang dia buat pn dia ingin dapat penghargaan daripada Allah x kisah dr sudut balasan pahala mahupun syurga. Allah pun raikan sifat manusia ini, maka Allah ciptakan pahala, dosa, syurga dan neraka..

jangalah kita terlalu suka menafikan kebaikan orang lain, kita bukan insan yang sempurna, kita bukan lah orang yang akan selalunya betul, tapi kita adalah orang yang ape kite percaya dan imani. maka pilihlah jalan yang terbaiki dalam memilih keprcayaan anda. Cube try, mesti jika anda mempunyai konflik jiwa dengan sesiap, anda akan mudah selesaikannya.


Raikan mereka yang telah berkhidmat. atau menyumbang kepada kebaikan, atau sesuatu perkara kepadamu. spt firman Allah dalam (surah al-Talaq: 6) yang bermaksud "Kemudian, jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya"

Selamat warnai kehidupan anda. Indahnya hidup dengan Islam...

Thursday, May 21, 2009

Kenapa aku menulis..

Bestkan tengok sesetengah orang yang kerap mengisi blog mereka..
kadang-kadang terfikir juga kenapa aku pun tiba-tiba dicampakkan keinginan untuk terus menulis..

apakah mungkin kerana......


ada perkara yang tidak aku pandai ungkapkan dalam kata-kata
atau
ada perkara yang bila diungkapkan dengan kata-kata lain pula jadi mesejnya
atau
aku sejenis orang yang pendiam ?(tak mungkin)
atau
tulisan mampu memberi masa aku memikrkan perkara apa yang hendak disampaikan
atau
inilah cara aku mengabadikan memori yang aku lalui
atau
ingin mencurahkan rasa hati yang tidak dapat diluahkan
atau
ingin membalas dendam terhadap diri yang tidak mampu membalas
atau
ingin memberi pengajaran yang diteladani
atau
berkongsi ruang hidup yang dilayari dari sehari-ke sehari
atau
ingin berkongsi hikmah yang diimani
atau
inilah dakwahku
atau
aku ingin menarik perhatian orang terhadap diriku
atau
kerana perhatian yang sering diberikan padaku ingin aku perbetulkan kesilapanku supaya tidak diikuti oleh mereka yang memerhati
atau
seronok tengok orang lain tulis blog, pastu lawa-lawa pulak tu
atau
tidak ingin ketinggalan
atau
sekadar ingin mewarnai kehidupan ku dan kehidupan si pembaca..


he3, ntahla yang mana satu sebabnya, apa yang ditulis semua apa yang terlintas saja..
Namun apa yang pasti, hidup ini bukan sekadar Hitam Putih saja.. Warnai kehidupan Anda....

Wednesday, May 20, 2009

Biarlah anda yang tentukan...


Jika anda diberikan antara dua, anda pilihlah yang mana anda inginkan....

Pilihlah antara
Seorang yang melihat tiada ruang kebaikan lain yang boleh dimanfaatkan dan hanya ruangnya saja yang mampu mengubah kepada yang lebih baik
atau
Seorang yang melihat terdapat ruang-ruang walaupun sedikit yang mampu dimanfaatkan kepada kebaikan dan melihat terdapat masih banyak ruang lagi yang boleh digunakan di samping segala ruang sendiri di manfaatkan sepenuhnya.,

Pilihlah antara
Seorang yang bercakap atas dasar tradisi dengan hujah "seperti yang dibuat tahun-tahun lalu"
atau
Seorang yang bercakap atas dasar hanya inginkan satu perubahan yang lebih baik dengan berdasarkan hujah-hujah yang telah dicerna dan dibahaskan

pilihlah antara
Seorang yang di lihat hero kepada masyarakat. mereka membawa segala serba serbi suara masyarakat tanpa ada unsur tapisan kepada kerosakan yang bakal dihasilkan daripda suara itu, mereka ini digilai masyarakat dan nama-nama mereka disebut-sebut oleh mereka yang kurang faham tentang kebenarannya
atau
Seorang yang bukan ingin menjadi hero, hanya inginkan pembetulan kepada kerosakan yang ditinggalkan walaupun pembetulan itu mungkin mengundang keburukan kepada namanya kerana kurangnya kefahaman tentang mereka yang memburukkannya

Pilihlah antara
Seorang pemimpin yang sanggup bekerja tidak profesionalisme selagi mana objektif kerja yang hendak dibuat dicapai
atau
Seorang pemimpin yang bekerja atas dasar profesionalisme walaupun dasar itu menyusahkan dirinya dan objektif yang hendak dicapai

Pilihlah antara
Seorang pekerja yang Taqlid(ikut) semata-mata dan sibuk membicarakan dan mencampuri bidang kerja organisasi lain sehingga bidang kerja organisasi sendiri tidak dimanfaatkan sebaik yang mungkin
atau
Seorang pekerja yang memahami dasar dan perjuangan seebuah organisasi serta bidang kerja yang mampu dimanfaatkan sepenuhnya.

Pilihlah antara
Seorang yang sentiasa ingin menjatuhkan lawannya tanpa melihat apa-apa kebaikan pada lawannya yang boleh dimanfaatkan walupun kononnya ada kebaikan yang diiktiraf melalui lisan sahaja
atau
Seorang yang melihat kebaikan yang ada pada lawannya dan meraikan kebaikan itu.

Pilihlah antara
Seorang yang berada disuatu tempat dan ingin keadaan terus dikekalkan seperti sedia kala walaupun masih ada kerosakan didalamnya
atau
Seorang yang berada di suatu tempat dan hanya inginkan, Hari ini lebih Baik dari semalam

Pilihlah antara
Seorang yang meletetakkan rakyat sebagai HAKIM
atau
Seorang yang meletakkan hukum-hakam melalui pengantara orang-orang yang bertauliah dan siqah sebagai HAKIM

Pilihlah antara
Seorang yang sering menafikan lawannya
atau
Seorang yang tidak terlepas mengiktiraf sumbangan lawannya pada kebaikan dan tidak menafikan kebaikan lawannya

Pilihlah antara
Seorang yang melihat jaminan itu cukup kukuh dengan lisan sahaja
atau
Seorang yang melihat perlu ada jaminan yang lebih kukuh selain daripada lisan iaitu bukti yang dapat menjamin sesuatu akan berlaku.

#Jika anda menghadapi/ berhadapan dengan situasi antara dua, maka tanyalah soalan ini pada diri anda dan pilihlah yang mana satu anda inginkan.. Selamat Memilih.

Thursday, May 7, 2009

Apa Ertinya Hak Tanpa Tanggungjawab, Amanah dan Keadilan?

Dipetik - http://www.jim.org.my/v1/index.php/artikel/minda-pimpinan/264-apa-ertinya-hak-tanpa-tanggungjawab-amanah-dan-keadilan

Monday, 09 Jamadil Awal 1430
Tuan Haji Syed Ibrahim Syed Noh

Pemahaman masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu berkenaan dengan hak asasi manusia sebenarnya masih rendah walaupun barangkali telah meningkat jika dibandingkan sepuluh tahun yang lalu. Bagi saya, punca utama kepada keadaan ini ialah kerana kurangnya kefahaman tentang tasawur Islam, prinsip-prinsip utama Islam serta jurang perbezaan antara kefahaman dan pelaksanaan. Di samping itu, kemungkinan tindakan segelintir pemimpin Islam itu sendiri menyebabkan takrif hak asasi sering terkeliru. Rujukan terus kepada prinsip-prinsip hak asasi Barat, walaupun ada pelbagai bahagiannya yang selari dengan Islam, dianggap sebagai tidak sesuai dengan adat dan norma masyarakat Timur. Namun, soalnya apakah prinsip hak asasi manusia yang sesuai?

Menurut aktivis masyarakat, YB Saari Sungib, prinsip dan instrumen hak asasi manusia menurut Islam tidak diwujudkan atas dasar mendominasi kuasa seperti mana prinsip Barat. Katanya, “prinsip-prinsip hak asasi manusia, keadilan serta penentangan terhadap kezaliman telah wujud dalam al-Quran di peringkat Makkah lama sebelum Rasulullah s.a.w. dan para sahabat diizinkan mengangkat senjata di Madinah.” Menurut Saari lagi, “prinsip dan instrumen hak asasi manusia dalam Islam adalah berpandukan konsep ummah, musyawarah dan basyariyah.”

Dalam Islam, hak asasi tersebut datang dengan sendirinya sebaik sahaja manusia melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah. Mantan Menteri Undang-undang Pakistan, A. K. Brohi, pernah menyatakan, “It seems at first sight, therefore that there are no human rights or freedom admissible to man in the sense in which modern man’s thought, belief and practice understand them, in essence the believer has only obligations or duties to God since he is called upon to obey the Divine Law, and such human rights as he is made to acknowledge stem from his primary duty to obey God. Yet, paradoxically, in these duties lie all the rights and freedom.”

Apa yang lebih penting, menurut Saari ialah ummah itu tidak terbatas hanya kepada penganut Islam. Karamatul atau kemuliaan insan yang ditegakkan oleh al-Quran menempatkan basyariyah atau kemanusiaan di tempat yang paling mulia, tanpa batasan kaum, agama, ideologi dan kepercayaan. Prinsip dan proses pembangunan hak asasi manusia ialah seperti yang ditegakkan dalam Sahifah atau Piagam Madinah, maqasid syariah, bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah dan juga Khutbah al-Wida’.

“Prinsipnya berpandukan agar jangan ada sesiapa yang menindas serta menyekat kebenaran dan keadilan daripada dinikmati oleh insan lain,” tegas Saari. Beliau membentangkan kertas kerja berkenaan perkara itu dalam Seminar Nasional Hak Asasi Manusia anjuran JIM pada Mei 2007.

Apabila berbicara tentang hak asasi manusia, kita sebenarnya sedang menerjah ke dalam satu perkara yang asas dalam Islam iaitu berhubung hak, tanggungjawab, amanah, kebenaran dan keadilan. Mana mungkin perkara yang sebegini asas boleh dipinggirkan. Jika kita mempunyai kefahaman yang tepat berkenaan hak, kita akan jelas bahawa kita masing-masing ada hak kepada Allah Yang Maha Pencipta, hak kepada masyarakat dan hak terhadap diri sendiri. Kita juga akan jelas hak yang paling utama ialah kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita tidak akan melanggar hak tersebut, bukan kerana Allah memerlukan kita, tetapi kerana itulah tanda kesyukuran kita atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada hamba-Nya.

Berkait rapat dengan hak kepada Allah ialah hak kepada masyarakat. Mustahil kita boleh bermasyarakat tanpa kefahaman tentang hak yang dituntut kepada masyarakat. Allah menuntut manusia untuk bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Allah menuntut manusia untuk menjaga jiran tetangga dan hubungan silaturahim berkeluarga. Allah juga menuntut manusia untuk berusaha mencegah kemungkaran. Salah satu daripada maqasid syariah atau tiang syariah ialah keturunan. Menjaga keturunan termasuk salah satu hak kepada masyarakat.

Pada masa yang sama, kita juga ada hak terhadap diri kita sendiri. Dalam rangka kita menjaga hak kepada Allah dan masyarakat, kita perlu memahami dan menjaga hak kita sendiri dengan mengetahui apa hak yang perlu dibela dan dipertahankan. Umpamanya, dalam menunaikan hak kepada Allah, kita ada hak diberikan ruang untuk solat bila tiba waktunya. Dalam menunaikan hak kepada Allah, kita juga ada hak untuk mencari rezeki yang halal di samping kita juga ada hak untuk membela diri jika dituduh bersalah.

Hak juga berkait rapat dengan tanggungjawab, amanah dan keadilan. Hak mesti berjalan seiring dengan tanggungjawab, amanah dan pastinya keadilan. Jika ada hak tetapi tidak bertanggungjawab maka hak sama ada mudah dicabuli atau hilang kelayakan atau dikecam orang. Umpamanya, Allah memberikan hak kepada kita untuk memanfaatkan alam sekeliling, tetapi kita tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan merosakkannya, maka kita akan kehilangan hak itu. Betapa besarnya konsep hak sehingga pelanggarannya dianggap satu kezaliman dan dosa di sisi Allah.

Hari ini, kita berhadapan dengan pelbagai isu yang menyinggung hak asasi manusia. Hak alam sekitar, hak bekerja atau hak belajar mungkin tidak mendapat tempat dalam kamus hak kita tetapi ia berkait rapat dengan hak-hak yang paling asas iaitu hak untuk hidup, hak untuk bebas bergerak, hak bersuara, hak berhimpun, hak berpersatuan, hak untuk dibicarakan secara adil dan lain-lain.

Jika di pentas dunia, penindasan dan penafian berterusan hak rakyat Palestin terhadap tanah airnya dan kehidupan merupakan pelanggaran hak asasi yang besar. Apatah lagi, dikenakan sekatan ekonomi dan sekatan tembok di tanah air sendiri. Dalam isu Palestin inilah terserlah dualisme dalam dasar antarabangsa dan polisi hak asasi manusia khususnya dasar Amerika Syarikat. Apabila Iraq menceroboh Kuwait satu masa dulu, Amerika terlebih dahulu mendesak PBB melalui Majlis Keselamatan untuk bertindak ke atas Iraq. Tetapi apabila Israel laknatullah menceroboh Genting Gaza dan Lubnan, tindakan itu direstui kerana dianggap untuk membebaskan negara haram Israel daripada pengganas. Walaupun beribu-ribu orang awam menjadi pelarian dan ramai terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak di Qana dan Gaza, prinsip ini masih dipegang oleh Amerika.

Kerja “gila” dan melampau rejim zionis ini merupakan antara pencabulan hak asasi terbesar pada awal era abad 21 ini. Mengapa saya katakan begitu? Sebab menghancurkan kediaman penduduk awam, mengusir keluar dari tanah air sendiri hingga menjadi pelarian, membunuh keluarga, saudara-mara, rakan dan ahli masyarakat yang tidak bersalah, menjejaskan keperluan asas seperti air dan elektrik, menjejaskan pendapatan dan saraan hidup dan lain-lain lagi adalah antara ciri-ciri besar perampasan dan pencabulan hak asasi manusia.

Menambahkan lagi kezaliman ini ialah sokongan oleh Amerika berdasarkan alasan hak asasi manusia atau kedaulatan negara iaitu hak kedaulatan negara haram Israel yang tidak boleh dicemari. Penafian HAMAS sebagai kerajaan pilihan rakyat Palestin melalui proses demokrasi juga merupakan satu pencabulan hak asasi manusia, selari dengan Perkara 21 (3) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu “Iltizam rakyat akan dijadikan asas pemerintahan kerajaan; iltizam ini akan dizahirkan dalam pilihan raya yang berkala dan sah menerusi hak memilih yang saksama dan sejagat, dan akan diadakan secara undi rahsia atau dengan prosedur pengundian yang bebas”.

Dalam konteks ini, krisis politik di Perak baru-baru ini ada kaitannya. Jika iltizam rakyat ketika Pilihan raya Umum ke-12 mengisyaratkan kecenderungan kepada Pakatan Rakyat, maka iltizam itulah seharusnya dijadikan asas pemerintahan kerajaan negeri dan bukannya melalui proses peralihan kuasa secara lompat parti. Walaupun mungkin undang-undang membenarkannya namun bukankah asasnya ialah iltizam rakyat?

Ketika artikel ini disiapkan, krisis politik yang sudah menular kepada krisis perlembagaan masih berterusan. Satu ketika dulu, mahkamah dikatakan boleh membentangkan jalan penyelesaian kepada kemelut tersebut namun perkara sebaliknya berlaku. Mahkamah kini sudah mula mencampuri urusan legislatif apabila Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac 2009 telah mengeluarkan arahan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa beliau tidak dibenarkan memanggil sebarang Sidang DUN.

Suhakam, badan bebas hak asasi manusia Malaysia, turut menyuarakan pandangannya terhadap cara mana krisis politik di Perak ditangani. Menurut Suhakam, hanya pilihan raya semula boleh menyelesaikan kekusutan dan ketidaktentuan, terutamanya apabila kesahihan surat peletakan jawatan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat berada dalam keraguan. Perkara penting yang ditegaskan oleh Suhakam ialah hak untuk memilih kerajaan pilihan mereka merupakan hak asasi rakyat.

”Kelihatannya, kaedah yang digunakan untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak dipersoalkan. Lanjutan itu, keabsahan kerajaan baru negeri turut dipersoalkan,” jelas Suhakam. Oleh itu, menurut Suhakam, pilihan raya baru untuk Dewan Undangan Negeri harus diadakan selari dengan prinsip hak asasi manusia bagi meleraikan kemelut politik Kerajaan Negeri Perak.

Tetapi apa juga pandangan dan saranan sebenarnya tidak bermakna sekiranya ada pihak yang tidak memahami asas kepada hak asasi manusia. Bukankah hak berkait rapat dengan tanggungjawab, amanah dan keadilan? Hak mesti berjalan seiring dengan tanggungjawab, amanah dan pastinya keadilan. Jika ada hak tetapi tidak bertanggungjawab, maka hak sama ada mudah dicabuli atau hilang kelayakan atau dikecam orang. Jika tiada hak tetapi merampas hak dengan cara yang salah, maka itu merupakan kezaliman dan mendapat kemurkaan Allah.

Pada pendapat saya, apa yang berlaku di Perak boleh berlaku di negeri lain sekiranya asas tersebut tidak dipegang dan dihormati. Tambah malang jika asas Islam juga dipinggirkan. Dasar pertama Islam dalam ketatanegaraan dan kontrak sosial bernegara adalah musyawarah. Asas kepada musyawarah adalah kepemimpinan sebagai amanah dan kepengikutan sebagai ibadah dalam taah.

Dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim:

“Daripada ’Abdullah bin Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) yang mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka haq (hak) mereka dan mintalah daripada Allah (hak) kamu”.

Menurut YB Saari, pemerintah wajib bermusyawarah dengan rakyat dan rakyat wajib bermuhasabah terhadap pemerintah. Amanah pemerintah terbatal apabila pemerintah membelakangkan musyawarah. Ringkasnya, dasar hak asasi manusia yang digariskan oleh syariat Islam menetapkan pemerintah tidak menguasai rakyat, tetapi keputusan dan tindakan pemerintah tunduk kepada suara rakyat berpandukan prinsip-prinsip musyawarah. Paling penting, hubungan antara pemerintah dengan rakyat tidak dipaksikan atas kekuasaan tetapi sebaliknya atas kebebasan bersuara yang diberikan terhadap rakyat.

Dalam konteks krisis politik di Perak, hak kebebasan bersuara rakyat telah dicabuli secara tidak langsung apabila pertukaran kerajaan negeri berlaku tanpa penglibatan mereka. Walaupun tidak dinafikan ada proses lain seperti restu istana dan kesediaan kerajaan negeri sedia ada mengundur diri yang memungkinkan pertukaran itu berlaku, namun perkembangan yang berlaku lanjutannya membuktikan suara rakyat dan hak kebebasannya telah dicemari sedangkan ia sepatutnya dijunjung.

Begitulah juga keadaannya dengan isu-isu hak asasi lain yang mendepani masyarakat sekarang. Apakah tindakan pencegahan dan takrif umum keselamatan negara itu boleh membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara selama bertahun-tahun lamanya dan dizalimi dirinya dengan dibelasah dan didera tanpa peri kemanusiaan? Pada masa yang sama, ahli keluarga turut dizalimi dengan kehidupan tanpa suami dan ayah. Inilah ciri-ciri ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang jelas bercanggah dengan prinsip-prinsip musyawarah atau hak bersuara, basyariyah (kemanusiaan), kebenaran dan keadilan Islam.

“Undang-undang pencegahan tidak sama sekali bermakna kerajaan boleh mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara! Langkah-langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan kebenaran, ketelusan dan keadilan. Keadilan adalah untuk semua, majoriti dan minoriti. Tindakan menjaga kepentingan majoriti tidak bererti kerajaan boleh mencabul hak asasi golongan minoriti. Jika terdapat mana-mana pihak melakukan kesalahan, mereka hendaklah didakwa dan dibicarakan di mahkamah terbuka.” Ungkapan ini telah seringkali saya nyatakan bagi menangkis hujah pencegahan dan kepentingan majoriti mengatasi kepentingan minoriti yang lazim digunakan oleh pendukung ISA.

Cuba kita perhatikan pula isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang kini menjadi antara isu hangat. Dasar PPSMI yang dilaksanakan sejak tahun 2003 oleh Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu tidak pernah melalui proses rundingan. Banyak pihak yang menyatakan rasa kurang senang bukan sahaja dengan ‘kesegeraan’ dasar tersebut dilaksanakan tetapi lebih penting lagi kerana ia menafikan hak pengajaran dalam bahasa ibunda. Tindakan itu juga sekali gus menafikan hak pembangunan pendidikan kaum ibunda, merosakkan kesinambungan budaya bangsa dan memangsakan kepentingan ramai pelajar, guru dan sebagainya. Hak masyarakat untuk menentang dasar PPSMI merupakan hak bersuara yang tidak seharusnya dihalang dengan kekerasan. Ia seharusnya disambut dengan amalan musyawarah dan muhasabah. Ternyata prinsip tersebut tidak zahir pada awal penggubalan dasar dan tidak diraikan ketika dasar dilaksanakan.

Perubahan pemahaman terhadap hak asasi manusia dan amalan pelaksanaannya di Malaysia boleh berlaku melalui beberapa cara. Pertama, meningkatkan kefahaman tentang syariat Islam, prinsip-prinsip Islam dan hak asasi manusia khususnya sekitar maqasid syariah dengan mengadakan lebih banyak forum, wacana dan penulisan sehubungannya. Kedua, mendedahkan masyarakat dengan amalan dan tuntutan hak asasi dalam Islam dengan mengambil iktibar daripada perjuangan ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal. Ketiga, meningkatkan peranan gerakan Islam dalam merapatkan jurang kefahaman dan pengamalan tindakan serta penyelesaian dengan terlibat dalam menangani isu-isu hak asasi manusia semasa. Keempat, bekerjasama dengan NGO hak asasi dan mana-mana pihak yang selari dengan prinsip hak asasi manusia Islam dan kelima, beristiqamah dalam tindakan amar makruf nahi mungkar.

Tuan Hj. Syed Ibrahim Syed Noh adalah Timbalan Presiden JIM Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Siasah Syar’iyyah dan Keadilan Sosial. Beliau juga merupakan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Arus Pemimpin -sesuatu untuk direnungkan

Petikan daripada "Kerja-kerja Bodoh dalam PAS"-http://nikabduh.wordpress.com

:::::Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.

Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.

Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya. :::::

#################################################################

# Sekian lama mencari kata-kata orang yang jujur dan ikhlas dalam mencari kepimpinan yang baik dan berlandaskan ISLAM. Aku cukup tertarik dengan seni dan karangan yang penuh dengan makna dan warna ini, mudah-mudahan Allah jauhkan aku dalam golongan-golongan yang dimurkai.. terima kasih Nik Abduh atas teguran semanis nikmat kepada semua bakal-bakal hati yang ingin menjejak kakinya ke dunia pimpinan.. Mudahan-mudahan kata-kata ini dapat dihayati dan bukan sekadar "Mi Celup"

Tuesday, April 21, 2009

Antara Perasaan dan Professional Judgement..

Dalam menjalani hidup ini, ada masa kadang-kadang kita senang untuk irritate dengan perilaku seseorang.. Kadang boleh jadi mmg salah kita yang suka assume orang or kadang-kadang boleh jadi mmg perilaku tu mmg meng"irritate"kan.. pastinya ini mudah berlaku dalam mana-mana organisasi..

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah, how do you react with this kind of situation and how you will make the decission?. Teringat kata-kata sesetengah orang tua, "emh, klu ak da x suka tu, ko buat la macam mane pn, ak tetap x suka".. Mmg klu diikut hati, rase nak je berfikiran mcam ni jgak. tapi bila dengar pengajian dan mengahayati hikmah disebalik kejadian yang berlaku, terase rendah dan hina pula diri ini untuk berfikiran begini. siapa kita untuk judge oorang berdasarkan persaan dan emosi kita tanpa hujah yang kukuh dan tidak berlandaskan kebencian. Namun, itulah manusia, lemah dan kerdil, tetapi kita harus bangkit mengatasi kelemahan kita..


Satu perkara yang dipelajari apabila menjadi pemimpin yang keluar daripada safe zone ialah keadilan harus diberikan kepada semua. Segala keputusan yang dibuat tidak boleh diletakkan pada asas Kebencian, kegeraman malahan emosi terhadap individu/pertubuhan/organisasi.. Mesti sedih Rasulullah jika dia lihat umat yang dicintainya dan diletakkan kepercayaan dalam menjaga agama Islam yang suci bertindak sedemikian rupa..

Professional Judgement tidak boleh dipengaruhi oleh self judgment kita. jangan ada unsur buyers dalam meletakkan setiap hak pada tempatnya..


Terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku hambamu yang lemah ini menghayati kejadian dan ujian yang Engkau timpakan padaku.. Akan aku terus berpegang teguh pada jalan MU ini..

Mari Membaca!!


"Apek, jom tolong jaga kedai nak", ni sume angkara subhan yg berjaya membawa aku ke pesta buku sekali lagi.. cuma kali ni, pesta buku lebih bermakna kerana aku sendiri yang menjual buku.. kalau sebelum ni asyik jadi pelanggan, kali ni aku plak jadi penjual..

"ha kak, meh kak, banyak buku palestin ni jual ni murah je.. sticker kete pn ade and badge pn ada. jemput kak tengok2 dulu".. tu la anatar ungkapan2 aku. alhamdulillah banyak jugak jualan masa shift aku tu, dengan izin Allah pn sama. satu lagi ungkapan yang berjaya menarik orang ramai jugak "bang, meh sama2 bantu palestin".. hi3, Alhamdulillah berjaya jugak sikit sebanyak.

ni antara buku keluaran terbaru keluaran JIMedia, buku ni ditulis oleh Dr Hafidzi Mohd Noor, Ust Maszlee Malik dan Megat Shariffudin Ibrahim.. semoga Allah memberkati usaha penulis2 ini. Buku ni mencertikan kisah disebalik pengeboman terbaru israel terhadap sekolah dan hospital di gaza yang pastinya mendapat liputan meluas seluruh duni.. ak pun x abis baca lagi. tapi apa yang best tenetang buku ni selain daripada content dia ialah muka depan dia.. pandai diorang wat graphic samapai nampak macam budak tu betul2 menangis, seolah2 buku tu pun turut menangis (xtaula diorg guna sticker ke ape tp mmg mantap la..

Sambil2 menjual tu penat jugak dibuatnya.. so mase rehat tu digunakan untuk mencari bahan wat tambah koleksi peribadi. best jugak buku "101 Kisah Pengajaran daripada Al-Quran, Al-Hadis dan Hayatus Sahabah" karangan Ust Zahazan. yang best tu siap dapat jumpa Ust lg, terserempak mase kuar dr surau lepas solat asar.. Sedih sebab x sempat nak tangkap gambar ngan ustaz sebab ramai sangat kat luar surau tu dok jumpa ustaz. sempat salam je and ustyaz pun sempat nasihat kitorg, ust kata" bagus2, orang muda ni kene terus bakar semangat perjuangan tu".. fuh bermakna sungguh kata2 orang hebat macam ust zahazan. sebelum jumpa ust zahazan, jumpa Ust Nik Azizan (Mari bertaranum).. bergaya jgak Ust Nik Azizan dengan camera dia, he3.. (terima kasih ukhti Himmah walupun tangan gegar sikit, he3)

sambil perjalanan pulang dari tandas tu, sempat jugak mencari bhan2 bacaan pesanan ibunda tercinta. so belilah 2 buku lagi : Doa Menjadi Pangantin Baru setiap Hari (Ust Zahazan), Doa dan Zikir Harian(Ust Zahazan). x terlepas jugak beli cd : Bacaan surah pilihan (Ust Nik Azizan) n Keagungan zikrullah (Ust Dzulkarnain).. fuh yg zikrullah tu mmg sedap la, rase rendah je jiwa ni dibuatnya. insaf2.
so kesimpulannya, tunggu apa lagi, jom hidupkan semangat membadca dalam diri. Dan cantikkan semangat membaca tu dengan membaca bahan-bahan ilmiah yang membolehkan kita menggapai Redho Allah.. k, Selamat Membaca!!!

Tuesday, March 31, 2009

Pengajaran Hening Pagi 1


Alhamdulillah Allah masih hidupkan diriku yang penuh dengan ke alpaan lagi pada hari ini..
di sebalik menyelak Kitab Suci Al-Quran dalam mengistiqomahkan amal yang tenggelam timbul, Surah An-Nisa menjadi sambungan kepada tinggalan sesi yg lepas..

Surah An-Nisa ayat 27-37 menjadi renungan pagi ini. banyak benar Hikmah yang dijumpai dan ingin di kongsi brsama. diri ni bukan ahli mufassirin yang bakal menafsirkan ayat satu demi satu, tetapi brkongsi sekadar pengajaran daripada "direct translation" sedang "deep translation" pasti mengundang lebih banyak pengajaran..

antara pengajaran yang dijumpai

ayat 27, Allah sentiasa menerima taubat hambanya tetapi dalam ayat ni Allah ada memberi peringatan kepada hambanya yang bertaubat sebgai persediaan dan memperkukuhkan landasannya bahawa terdapat golongan orang-orang yang menjadikan "keinginan" sebagai ikutan mereka pastinya inginkan kita berpaling sejauh-jauh dari kebenaran..

cthnya yang djumpai dlm khidupan ini, kadang dalam nak mnjayakan/ memeriahkn lagi sesuatu majlis, elemen kerohanian akan dilihat sbg perencat kepada kemeriahan yang dinginkan.. tp bila kita mengarahkan orang lain yang mmbuat kerja utk kita, mudah2n kita diberikan kekreatifan dalam pemikiran itu semoga elemen kerohanian tidak lg dilihat sebegitu..

#akan disambung lagi kerana perlu bersedia utk gerak kerja lain... maaf

sometimes what right is not the right thing to say/do

elective posting di MERCY Malaysia banyak memberi pengajaran dan memperlihatkan definisi certain istilah lebih bermakna..

teringat mase first di interview utk jadi MERCY punye volunteer, penasihat sukarelawan tu ade ckp, being in humanitarian, it is not about us, is all about them. dia kate bnde2 ni ats dasar menerangkan istilah beneficeries (manfaat).. dapat plak kita di ajar kerja di belakang tabir yang mana jika x berlaku apa-apa bencana nampak mcm ntah ape-ape ntah keje tu.. tapi rupa-rupanya kerja di belakang tabir ini la tulang belakang dalam mane2 massive and long term humanitarian project.
lepas tu tringat bile di ajar ttg Code Of Conduct yg menjadi polisi MERCY Malaysia, 1 elemen yang cukup bermakna ialah gambar yg di tangkap dan di publishkan mestilah tidak menunjukkan bahawa mangsa bencana itu dalam keadaan lemah dan putus harapan pada kehidupan. teringat gambar anak palestin yang tertimbus dan nampak kepala je, gambar tu seolah-olah menunjukkan bahawa orang muslim palestin adalah lemah.. lepas explanation tu, baru terasa yang sometimes apa yg kita rasa betul bukanlah benda yang patut kita lakukan. mmg msj jelas nak timbulkan kesedaran dalam umat islam, tp ia juga menunjukkan seolah kita telah berjaya dilemahkan oleh kaum yahudi LAKNATULLAH tu.

semenjak drpd start posting ni, banyak yg dipelajari dan membawa kehidupan ni lebih bermakna.. kesian melihat mereka-mereka yang pemikiran mereka dikongkong oleh pemikiran politik dunia/kampus yang akhirnya menyebabkan definisi "beneficeries" tidak ada lg pada mereka yg menjadi wakil kepada mahsiswa/rakyat..

Monday, March 30, 2009

setelah sekian lama ruangan ini sepi dr luahan hati dan lontaran pendapat, kini trgerak hati kembali untuk berkongsi makna dan erti kehidupan yang di jalani hari demi hari. Rasa sayang pula untuk tidak berkongsi hikmah yang dicari dan diteladani dalam kealpaan dan kelemahan diri yang sering inginkan perubahan yang membawa kepada kebaikan.. InsyaAllah semoga pengkongsian yang sedikit ini mendapat kasih sayang dan keberkatanNYA.. amin..



#bersama ibu yang banyak memberi sokongan dan kasih sayang.

Ke Arah Keluarga Duat..

Dipanjangkan kepada ahli KARISMA bagi pihak JK Kebajikan KNL.

Website baru Bait Muslim: http://www.bm2u.net/

InsyaAllah kepada ikhwah akhawat yang berhasrat berada dalam takungan keluarga du'at ini, antum boleh menghubungi JIM daerah/negeri/ pusat dan tanyalah siapa ayahanda dan bonda yang menguruskan BM di sana. Atau hubungi pengurus BM secara maya melalui website di atas. InsyaAllah mereka akan menghubungi antum kemudiannya.

Abdullah Omar,
Presiden KARISMA Nasional (KNL) 2009