Monday, September 6, 2010

Hanyut dalam keinsafan..

Aku bertemu dengan satu perkongsian yang cukup menarik, dikongsikan oleh murobbiku, yang jarang kita dengar orang sebut mengenai perkara ini.. cuba try baca tazkirah yang ringkas tapi cukup bermanfaat di bawah ini..

##################################################################

Tazkirah drpd Ust Hasanuddin, Pengerusi Aqsa Syarif

من اطَلع على أسرار العباد ولم يتخلًق بالرحمة الإلهيًة كان اطًلاعه فتنة وسببا لجرَ الوبال إليه

Barangsiapa yang Allah dedahkan kepadanya rahsia (kelemahan) hamba-hambanya, dalam keadaan dia tidak meniru sifat Rahmat Allah, nesyaya pendedahan itu akan menjadi penyebab bencana dan bahaya pada dirinya sendiri

Fadullah Khairi ketika cuba menerangkan maksud Ibn Athaillah, dalam perjalanan seorang yang sedang menyucikan dirinya, menuju Allah S.W.T kadang-kadang Allah bukakan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain.

Ketika Allah dedahkan rahsia dan kelemahan hambaNya yang lain itu, sedangkan dia tidak menyediakan diri (tidak meniru) dengan sifat Pemaaf, Belas, dan Rahmat Allah, nescaya dia akan memandang kecil hamba Allah yang lemah tadi. Malangnya, akan datang sifat sombongnya sehingga dia sendiri akan rosak dengan pengetahuannya tentang hamba Allah yang lemah tadi.

Sepatutnya dalam perjalan menuju Allah S.W.T, bila dia mengetahui kelemahan orang lain, dia semakin insaf dan cuba melihat kelemahan orang lain itu, sebagai bahan menyuci dirinya, cuba membaiki, bukan, menghina orang yang lemah itu dan mula berputik membangga diri... dan.... dan... Semakin jauh dia dari perjalanan mulia ini...dan mula menghasut orang lain untuk hidup dalam kelompoknya yang sempit....dan merasakan mereka sahaja yang betul dan hinanya orang lain

Moga Allah muliakan kita semua.

###################################################################

Macam mana? bestkan... tak pasti andai anda pernah merasakan seperti yang disebut itu.. Sungguh hanya Allah sahaja mengetahui bahawa betapa aku tidak terlepas daripada menjadi insan di atas. Allah, sungguh diri ini lemah dan masih banyak perlu di perbaiki.

Betapa perkara ini yang telah menyebabkan usaha yang aku lakukan rosak dek kerana tidak ikhlas, aku mula meragui sahabat-sahabatku dan akan mula mem"perli" mereka.. berdosaaku ini dengan mereka... Allah, sungguh aku ini tidak layak ke syurgamu namun sungguh aku tidak sanggup ke neraka mu..

Aku bersyukur, Ramadhan ini aku dipertemukan dengan ayat-ayat indah. Aku bersyukur aku ditemukan dengan sahabat-sahabat yang sentiasa cuba mentaqarrubkan diri mereka dengan Sang Pencipta. Mudah-mudahan aku jadi orang yang mengambil peringatan..

Kerana aku tidak mahu usahaku selama ini akhirnya hanya menjadi pondok yang usang

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, semoga diri ini sedar, sbb kdg2 terlupa jugak...justnak tnya, ayat nie hadis nabi ke atau firman Allah?

mohd_afiq said...

ni merupakan kata-kata ibnu attaillah.. bukan hadis bukan firman.. ibnu attaillah ni terkenal dengan kata-kata hikmahnya.. kitab dia yang famous ialah Al-Hikam..