Wednesday, September 22, 2010

Berhati-hatilah dikau dengan insan bergelar LELAKI!!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Wahai kaum muslimat yang aku kasihi dan aku hormati..Maka aku memohon engkau membaca dengan lapang dada dan ditapiskan oleh imanmu..Berhati-hati dan berwaspadalah dikau,dengan insan yang bergelar LELAKI..lebih-lebih lagi dengan LELAKI yang belum menjadi suamimu..

boleh jadi engkau dibutakan kerana cintamu yang penuh ketulusan dan kejujuran itu,jangan kau pernah lupa di dunia ini punya LELAKI yang zalim,yang menggunakan kemurniaan cintamu itu sebagai jambatan nafsunya,yang sentiasa menanti bilakan terbuka saat nafsunya boleh diterjemahkan pada dirimu,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau melihat kesungguhan seolah-olah kami mencintaimu,padahal ia hanyalah salah satu cara yang biasa kami gunakan,agar ia bisa menyentuh dirimu yang tidak halal bagi kami,dan ia telah ramai yang jatuh kepadanya,malah mungkin engkau juga pernah melihatnya,namun ketulusan cintamu menafikannya,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau dikaburi dengan janji-janji yang kami lemparkan,bahawasanya dengan melihatmu mendetikkan hati kami untuk berubah,sungguh seolah-olah engkaulah AGEN PERUBAH kami,cuba meyakinkanmu bahawa inilah perubahan yang hakiki,tapi jangan kau lupa bahawa hanya perubahan kerana Allah shj merupakan perubahan yg hakiki,bukan perubahan yang berlaku kerana wanita,kerana pastinya apabila ia mendapatkan wanita itu akan terlihatlah wajah sebenar kami,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau bingung dengan "kasih sayang" yang kami curahkn,bahawa seolah-olah hanya dirimu yang kami sayangi,maka jangan kau pernah tidak meraguinya selagi mana ia belum menjadi suamimu,kerana mungkin sekali dalam kami mengatakan kami sungguh mencintaimu, namun saat-saat lapang kami diisi dengan nafsu bersama wanita lain,tidak salah andainya jika engkau mengganggap kami sperti singa yang lapar,yang sentiasa menunggu saat daging di hidangkan dihadapan kami,agar kami dapat menjamah dengan penuh keseronokan duniawi,dan janganlah engkau pernah menginginkan dirimu menjadi seperti daging itu,kerana dirimu jauh lebih berharga daripada daging itu,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

boleh jadi engkau tertipu dengan lagak dan gaya kami,menjadikan engkau merasakan kami lah insan yang selayaknya untukmu,bahawa kami insan yang baik,bahawa kami insan yang tahu membezakan mana baik dan buruk,bahawa kami insan yang mampu menjaga diri kami,bahawa kami akan sentiasa menjaga kehormatan dirimu,tapi jangan kau pernah lupa bahawa kami adalah singa,boleh jadi rantai iman yang membelenggu kami rapuh dan karat,menjadikan ia mudah pecah dengan sekali sentapan,dan ketika itu kau menjadi mangsa kami,maka berhati-hatilah dan berwaspadalah..

wahai muslimat,jangan pernah engkau berhenti daripada berhati-hati dan berwaspada dengan kami,kerana dirimu adalah harta yang paling berharga,minyak yang ditatang dengan penuh perhatian oleh kedua ibubapamu,maka jangan biarkan dirimu jatuh berderai ke lantai lantaran tiada sifat berhati-hati dan berwaspada terhadap kami,selidiklah siapa yang engkau ingin curahkan kasih sayangmu itu kerana ALLAh,bukan menyuruh engkau tidak percaya kepada LELAKI,tetapi hanya menyuruh engkau berhati-hatilah dan berwaspadalah selalu,agar kelak engkau tidak menyesal nanti,seperti mana yang telah dikesali oleh wanita yang tidak juga ingin diperlakukan sedemikian,tanyakan pada dirimu apakah jaminan bahawa engkau tidak akan diperlakukan sedemikian,lebih-lebih lagi terhadap lelaki begitu mudah memperlakukan sedemikian,peliharalah dirimu,rasakan bahawa engkau adalah harta yang tidak ternilai harganya,rasakan bahawa adalah satu kerugian yang besar bila engkau kelihatan begitu murah sekali dihadapan LELAKI,Jagalah Allah dengan sebenar-benar penjagaan kerana kelak Allah akan menjagamu,sentiasa berhati-hatilah dan berwaspadalah..

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki meminta sesuatu daripadamu

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki menjanjikan sesuatu kepadamu

berhati-hatilah dan berwaspadalah wahai muslimat..disaat lelaki mula mendekatimu..


“Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.”(Al-Mu’min, 40:19)

Letakkan kepercayaanmu kepada janji Allah dan rasul shj,letakkan kepercayaanmu kepada walimu yang telah bersama denganmu sepanjang hayatmu ketika ini,bukan kepada LELAKI yang baru kau kenali,LELAKI yang masih tidak kau kenali hati budinya..Melainkan ia telah menjadi suamimu yang sah untukmu..

Andainya engkau merasa sedikit terhalang dengan melakukan demikian,maka percayalah bahawa itu adalah perlindungan daripada Allah,tanyakan pada dirimu "Perlindungan apa yang lebih baik daripada perlindungan Allah"

Aku menukilkan ini kerana aku LELAKI,LELAKI yang sedar tentang betapa kurangnya LELAKI yg bersifat dengan sebenar2 sifat MUSLIM,LELAKI yang juga kadang tidak kurang rapuhnya,LELAKI yang tidak mahu anda dizalimi kami..

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Pada suatu hari saya berada di belakang Nabi s.a.w. (di atas kenderaan), lalu baginda bersabda:
"Wahai budak! Sesungguhnya saya mahu mengajar kamu beberapa kalimat: Peliharalah Allah (memelihara perintah dan laranganNya), Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, pasti kamu akan dapati Dia bersamamu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah pertolongan itu kepada Allah.
Ketahuilah! Sesungguhnya jika umat manusia berhimpun untuk memberikan manfaat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan manfaat itu melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Dan jika mereka berhimpun untuk memberikan mudarat kepadamu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memberikan mudarat itu, melainkan dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas kamu. Pena telah diangkat dan lembaran kertas telah kering." (RS62; Tarmizi)


Wahai muslimat yang aku kasihi, teruskan sifat berhati-hati dan kewaspadaan mu itu, ia tidak akan pernah merugikan kamu...

No comments: