Friday, July 4, 2008

Kelakar dan Pelik..


he3.. kadang-kadang tergelak aku sendirian melihat arena politik di negara kita ini.. tapi tidak aku pandai pula untuk mengulas berjela-jela..

Selepas satu satu, kadang2 aku melihat politik negara kita tidak ubah seperti rancangan MELODI di TV3.. ada gosip ini, ade terjah ini, kadang pelik kerana tidak nampak kemana arah tuju yang hendak di bawa..


Sedih melihat terumbang ambingnya penerajuan negara, rakyat yang dulunya menyepi kini kian garang bangkit menegakkan hak mereka, penipuan dan konspirasi semakin menjadi-jadi... Inilah akibatnya bila politik tidak dipegang dengan ISLAM..

Cantik sungguh politik yang dibawa Rasulullah saw. Politik yang lahir berasaskan dasar dan prinsip Islam yang penuh dengan kemuliaan dan keharmonian. Politik yang mengharamkan segala bentuk penindasan, kezaliman dan penganiayaan.

Pemimpin perlu mengambil langkah drastik dalam memperbetulkan langkah mereka, manusia punya kesilapan namun jangan kita jadi mereka yang terus dalam kesilapan. Betulkan langkah anda, korbankan segala apa jua nikmat dunia yang diberikan kerana itu hanya sementara dan apa yang pasti amalan dan tanggungjawab itu yang akan menjadi pertaruhan di akhirat kelak.


Segala masalah pasti ada penyelesaiannya, pokok pangkalnya ialah kembali sujud menyerah diri kepada Allah.. Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dalam menghadapi arena politik dalam kehidupan kita seharian.. namun apa yang pasti, Indahnya Hidup Dengan Islam..

No comments: