Monday, June 22, 2009

Mencari persamaan dalam perbezaan

Siapa yang banyak makan garam dulu, itulah kata-kata golongan yang lebih tua. namun sbenarnya kadang-kadang yang makan garam skit (golongan muda) itu ada kebenaran dan pengajarannya kepada golongan yang lebih tua.. dalam yang tua asyik dalam membicarakan dan memperjuangkan perbezaan masing-masing, tampil si muda yang berhati mulia yang inginkan jalan yang menyelesaikan masalah. maka si tua haru tunduk pada kebenaran penyelesaian yang diberikan kepada si muda untuk kebaikan.

Hidup ini tidak selalu apa yang kita inginkan kita dapat. dan dalam menilai sesuatu perkara yang kita rasakan betul, mungkin ada pihak yang mengatakan salah. dan mungkin juga dalam kita menyatakan salah, ada pihak yang mengatakan betul. maka kesudahannya, tidak semua yang kita ingini akan terjadi seperti yang kita ingini. Maka, bagaimana kita hendak menyelesaikan permasalahan ini. Carilah persamaan dalam perbezaan, kata si muda kepada si tua. satu ungkapan yang cukup cantik dan murni dalam mana ia memahami hakikat kehidupan ini dan hanya inginkan kedamaian..

Maka, si muda tidak selalunya salah, namun tidak selalunya betul. perlu ada keseimbangan kepada dua komponen ini supaya sesuatu yang dihasilkan lebih sempurna dan cantik. sebab itu Allah wujudkan IbuBapa dan Anak. cube fikirkan, kenapa Allah tidak wujudkan anak sahaja. sebab anak perlukan bimbingan IbuBapa. dan kenapa Allah tidak wujudkan IbuBapa sahaja (kecuali mereka yang diuji dengan tiada zuriat, but still diorang inginkan anak), sebab anak yang juga membimbing ibubapa untuk terus kukuh dalam bimbingan dia kepada anaknya.


maka mungkin hasil si muda tadi, si tua cuba mencantikkan lagi dengan tambaan dari si tua. "Carilah persamaan dalam perbezaan dalam menyelesaikan konflik yang timbul, namun kita perlu iktiraf perbezaan itu untuk memahami dan menghilangkan kebencian/rasa terpendam dia hati kita"..

warnai kehidupan anda, Indahnya hidup dengan Islam,,

1 comment:

alhanin said...

adat hidup bermasyarakat, yang tua dihormati, yang muda disayangi..

Khilaf yang timbul adalah suatu rahmat jika dipandang dari sudut yang positif. Cuma kadang-kadang cara manusia yang menghadapinya membuatkan ianya jadi negatif..

Sungguh, hidup ini indah jika semua kerana Allah.. Islam is the way of life..