Saturday, July 5, 2008

Riangkan hari anda

Waffle Simple








Mywaffle

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )

  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam

Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

Friday, July 4, 2008

Kelakar dan Pelik..


he3.. kadang-kadang tergelak aku sendirian melihat arena politik di negara kita ini.. tapi tidak aku pandai pula untuk mengulas berjela-jela..

Selepas satu satu, kadang2 aku melihat politik negara kita tidak ubah seperti rancangan MELODI di TV3.. ada gosip ini, ade terjah ini, kadang pelik kerana tidak nampak kemana arah tuju yang hendak di bawa..


Sedih melihat terumbang ambingnya penerajuan negara, rakyat yang dulunya menyepi kini kian garang bangkit menegakkan hak mereka, penipuan dan konspirasi semakin menjadi-jadi... Inilah akibatnya bila politik tidak dipegang dengan ISLAM..

Cantik sungguh politik yang dibawa Rasulullah saw. Politik yang lahir berasaskan dasar dan prinsip Islam yang penuh dengan kemuliaan dan keharmonian. Politik yang mengharamkan segala bentuk penindasan, kezaliman dan penganiayaan.

Pemimpin perlu mengambil langkah drastik dalam memperbetulkan langkah mereka, manusia punya kesilapan namun jangan kita jadi mereka yang terus dalam kesilapan. Betulkan langkah anda, korbankan segala apa jua nikmat dunia yang diberikan kerana itu hanya sementara dan apa yang pasti amalan dan tanggungjawab itu yang akan menjadi pertaruhan di akhirat kelak.


Segala masalah pasti ada penyelesaiannya, pokok pangkalnya ialah kembali sujud menyerah diri kepada Allah.. Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri kita dalam menghadapi arena politik dalam kehidupan kita seharian.. namun apa yang pasti, Indahnya Hidup Dengan Islam..

Thursday, July 3, 2008

Life Long Learning..

Alhamdulillah.. posting medicine sudah hampir sampai penghujungnya, kini aku hanye menantikan debaran exam short case pula.. mudah2n ak dapat perform yang sebaiknya,, betapa aku bersyukur mendapat medicine sebagai posting pertama selain mendapat supervisor dn kwn2 seperjuangan yang baik.. namun ape yang pasti, posting ini cukup mengajar ak tntang erti nilai kemanusiaan dan nilai spiritual itu sndir..

Sedih, suka, geram, takut, bermacam-macam persaan yang menyelubungi aku sepanjang tempoh posting ini. inilah posting pertama aku di tahun clinical ini dan inilah posting yang banyak membuka mataku tntang nilai kehidupan ini walaupn pada awalnya aku agak hanyut ditelan perubahan budaya namun alhamdulillah berkat bantuan nasihat dan teguran daripada mereka yang ak gelar "keluarga", kini ak perlahan-perlahan kembali mendaki anak-tangga yang gagal aku daki sebelum ini.

Maha Adil Allah itu, dia menjadikan sejuta 1 penyakit dlm menyedarkan kita daripada segala kelalaian kita.. betapa terbukanya pintu hidayah itu bagi mereka yang benar-benar ingin mengecapinya. namun tidak semua anatara kita yang mampu melihat seperti itu. masih ada yang menyalahkan takdir sedangkan penyakit itu tidak ubah seperti kifarah atas segala kesalahan kita yang lampau. jika ia bukan kerana kesalahan kita yang lalu pn pastinya ia menjadi satu ujian yang manis sekali bagi orang yang beriman kerana mereka tahu yang Allah menyintai mereka,


Alangkah indahnya jika mereka dpt melihat bahwa betape pentingnya utk disaat ini betapa kitau balik kepadanya.. x sampai 10% anatar meraka yang meneruskan solat mereka dalam saat ujian Allah pada mereka. Betapa lemah juga lidah aku utk mengajak mereka.. Mengapa Ya Allah.. Ak memohon maaf ats segala dosaku, ak tidak mahu mereka menjadi spt waktu yang ak kesali dengan diriku sndiri. bantu ak ya Allah, berikan ak kekuatan, berikan sahabat2 ku kekuatan.

Pernah 1 hari, aku di sapa oleh seorg pakcik cina.. wajahnya sentiasa tersenyum. dia bertanya padaku mengenai pembelajaranku. sembang2 kami akhirnya membawa kepada suatu keakraban. Dia ketika itu sedang melawati isterinya yang sedang sakit.. tiba-tiba agak berubah. Ak kehairanan. "uncle sedih, manyak olang, uncle tengok tadak mau semayang punya, tadak kisah itu islam ka, buddha ka, christian ka, uncle tgk suma tak mau semayang. uncle pelik, patut ini macam, mereka patut kasi itu semayang, baru kuat itu dalam diri, baru itu hati ada sikit tenang dan cepat skit mau sembuh". ak tergamam, hari itu ak sedar ya Allah. betapa hidayahmu begitu terbuka didepanku, tetapi ak tidak pernah nampak lalu kau sedarkan ak dengan seorang hanya sapaan dari seorang hambamu juga walaupaun brlainan agama. ak malu ya Allah, betapa yang berada didalam bidang ini, betape setiap hari ak bertegur sapa dengan setiap pesakit, tapi ak begitu malu utk mengingatkn mereka tentangmu ya Allah.


Apakah pelajaran yang lebih indah selain pelajaran yang membawa kita keluar dari segala kegelapan. My Life Long Learning..